[VIDEO] Doktor Nurul Ain Tampil Bersuara Supaya Sensitif Dengan Keadaan Di Palestin
Konflik Palestin-Israel jangan dibuat main.
Seorang doktor terkilan dengan sikap netizen di Malaysia
Menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya, Nurul Ain berkata, “Saya nak minta tolong sikit. Boleh tak jangan jangan ‘call’ saya dan minta nak dengar bom. Bukan semua tapi segelintir itu tolong sensitif sikit.
“Engkau orang ingat benda ini main-main ke? Kamu nak doakan kami kena bom ke apa sekarang ini?
“Saya tak faham dengan orang-orang macam ini. Tolonglah, keadaan sangat-sangat susah dan genting,” katanya.
Tambahan lagi, Nurul Ain juga meminta agar masyarakat menikmati keadaan yang masih aman dan tenang di Malaysia dengan sebaik mungkin.
“Nikmatilah tidur dengan lena. Kamu tak rasa apa yang saya rasa dan perlu hadap. Engkau orang patutnya bersyukur dan bukannya hubungi saya minta nak dengar bom,” ujarnya.
Pada hari tersebut juga, Nurul Ain juga baru berpatah balik untuk pergi memberi bantuan kepada penduduk Gaza tetapi malangnya, usahanya itu tidak dapat dilaksanakan susulan letupan bom di kawasan berkenaan.
"Ya Allah, tak payah layan kak" - Netizen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!