Kereta Tesla Hangus Terbakar Di Tepi Jalan, Pemilik Cuma Parkir Seketika Untuk Pergi Makan
Insiden tersebut berlaku sekitar jam 8 malam isnin lalu di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor.
Sebuah kereta Tesla model Y terbakar raih perhatian ramai di media sosial
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan sebuah kereta elektrik Tesla model Y dilihat terbakar di tepi jalan.
Video tersebut menunjukkan kereta elektrik itu hangus terbakar dimakan api dalam waktu yang singkat, sehingga meninggalkan kerangkanya sahaja.
Insiden tersebut berlaku sekitar jam 8 malam isnin lalu di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor.
Ahmad Mukhlis Mokhtar, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengesahkan penerimaan panggilan kecemasan berkenaan kebakaran pada pukul 8.32 malam.
"Seramai tujuh anggota serta dua kenderaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong segera bertindak untuk menuju ke tempat kejadian,
"Apabila sampai di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus, tanpa melibatkan mangsa,
Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut menyatakan bahawa tindakan anggota menggunakan salur pam air tangki berhasil memadamkan kebakaran sepenuhnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!