Budak Lelaki Ini Dikurung Di Tandas & Dibiarkan Kebuluran Sehingga Minum Air Toilet
Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Pulai Jaya, Pulai.
Baru-baru ini tular apabila seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjadi mangsa dera
Pada hari Jumaat lepas, Harian Metro melaporkan seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang menjadi mangsa dera ditemukan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung dalam tandas rumah keluarganya.
Menurut ibu kepada budak lelaki tersebut, dia berpeluang untuk berjumpa dengan anaknya Sabtu lalu selepas dimaklumkan oleh petugas pelindung kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ana, 34, ibu kepada budak lelaki mangsa penderaan tersebut berkata "Selama beberapa bulan anak saya tanggung kesakitan, tekanan dan penderitaan akibat dibiarkan kebuluran dan dikurung di tandas, pelaku seharusnya dijatuhi hukuman setimpal."
Perkara ini disedari oleh jiran mereka yang kebetulan ke rumah keluarga mangsa untuk menumpang meletakkan barangan basah di dalam peti ais pada Khamis lalu.
Katanya, dia merasa sedih melihat perubahan fizikal anaknya yang hampir tidak dikenalinya, kerana dua tahun yang lalu, anaknya memiliki berat badan yang melebihi 60 kilogram. Selain itu, dia juga terkenal dengan raut wajah yang ceria dan sifat yang ramah.
"Saya pernah membuat laporan sebanyak tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana suami tidak membenarkan untuk bertemu dengannya sejak lebih setahun lalu.
"Saya tidak menolak kemungkinan dia menjadi mangsa penderaan dalam tempoh setahun ini," katanya.
Ana berkata, bahawa dalam perkongsiannya, kanak-kanak itu sering kali terpaksa minum air dari tandas saat kelaparan dan kadang-kala hanya menjamah sisa-sisa makanan yang tertinggal.
Menurut sumber, anaknya juga mengungkapkan bahawa dia harus menahan rasa sakit kerana sering dipukul dan diseksa dengan api oleh teman wanita suaminya dan tidak punya tempat untuk mencari perlindungan serta mengadu nasibnya.
"Saya tidak melihat perbuatan mereka namun siapa saja pelaku, saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap dibawa ke muka pengadilan
"Tak dapat bayangkan nasibnya sekiranya dia tidak diselamatkan polis, mungkin kami akan kehilangannya," katanya yang juga peniaga nasi lemak di Kuala Selangor.
Dia dengan penuh kasih memujuknya untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga keadaannya berangsur pulih.
"Saya bersyukur kerana dia terselamat, terima kasih kepada polis, komuniti setempat mahupun sukarelawan
"Saya juga menghargai perhatian diberikan Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) dan Skuad Waja terhadap anak saya ketika dia diselamatkan hingga kini
"Saya tidak sabar untuk dibenarkan membawa pulang anaknya selepas proses siasatan, saya akan mendaftarkannya di sekolah dan akan memastikan kesihatannya lebih baik," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!