seismik

Ed Sheeran Kembali Ke Malaysia, Bakal Adakan Konsert '+ – = ÷ x Tour' Bulan Februari 2024

Tiket mula dijual 27 Oktober nanti!

Cover image via Joseph Hudak/Rolling Stone & @pr_worldwide (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita baik dan gembira buat peminat setia Ed Sheeran di Malaysia!

Ed Sheeran akan menyertai senarai artis yang akan menghiburkan peminat-peminat Malaysia dalam satu persembahan langsung pada 24 Februari tahun depan.

Penyanyi dan penulis lagu multi-platinum dari United Kingdom itu telah mencuri hati jutaan peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu yang penuh emosi. Kehadirannya untuk tampil di Malaysia telah lama dinantikan oleh peminat-peminat setianya, dan mereka akan berpeluang menyaksikan bakatnya yang luar biasa secara langsung di dalam konsert yang dijangka menjadi pengalaman yang tidak dilupakan.

Konsert ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, para peminat pastinya tidak sabar untuk menyaksikan Ed Sheeran membawakan lagu-lagu hit seperti "Shape of You," "Thinking Out Loud," dan "Perfect" dengan penuh semangat serta kesan emosi yang menyentuh hati.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, seorang lagi penyanyi, Calum Scott juga akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert berkenaan.

Menerusi hantaran poster konsert berkenaan, seorang lagi penyanyi, Calum Scott juga akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert berkenaan.

Proses pembelian tiket akan dilakukan melalui laman web GoLive Asia. GoLive Asia adalah sebuah platform rasmi yang menyediakan layanan penjualan tiket untuk berbagai konsert di Malaysia dan pembelian tiket hanya sah dibeli menerusi platform yang diiktiraf sahaja.

Jadi, tunjukkan cinta dan sokongan anda dengan hadir dalam konsert ini. Jadikanlah malam itu menjadi kenangan abadi yang akan terpahat dalam ingatan kita selamanya.

Lihat posting penuh di bawah:

Admin pun dah tak sabar ni nak pergi tengok :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

You may be interested in: