seismik

Sindiket Di China Ini Sembelih Kucing Untuk Dijual & Dimasak Sebagai Daging

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Zhangjiagang, sebuah daerah di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu.

Cover image via Berita Harian & kami sayang kucing

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pihak berkuasa China telah berjaya menyelamatkan lebih daripada 1,000 ekor kucing yang ditemui di dalam sebuah trak

Menurut sumber, kucing-kucing tersebut mungkin akan disembelih dan dijual sebagai alternatif kepada daging babi, lembu atau kambing kepada pelanggan restoran.

Tindakan kejam sindiket itu telah berhasil dicegah apabila polis China memeriksa trak yang penuh dengan muatan, setelah menerima aduan daripada pencinta haiwan pada 12 Oktober lalu.

Para pencinta haiwan telah berusaha untuk menjejaki trak yang penuh dengan kucing tersebut selama hampir seminggu. Mereka akhirnya menemui beberapa puluh peti kayu di tanah perkuburan di wilayah pantai timur, di mana setiap peti mengandungi kira-kira 20 ekor kucing.

Setelah enam hari pengawasan lokasi biasa kucing berkeliaran dan laluan yang digunakan oleh peniaga, kumpulan aktivis haiwan berjaya menghentikan trak kucing di jalan raya dan menghubungi polis setempat untuk bantuan.

Gambar sekadar hiasan

Image via kami sayang kucing

Menurut seorang aktivis perlindungan haiwan yang bernama Gong Jian, mereka menipu pelanggan dengan penjualan daging kucing memberikan keuntungan yang besar kepada peniaga

"Daging kucing dijual pada harga 4.50 yuan (RM2.94) bagi satu paun atau 0.45 kilogram (kg) tetapi di pasaran, daging kambing boleh dijual dengan harga 30 yuan (RM19.63) bagi 0.45kg.

“Menjual daging kucing dengan berat sekitar empat hingga lima paun sebagai daging kambing atau daging babi, peniaga memperoleh keuntungan berdasarkan perbezaan keseluruhan harga,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan aktivis tersebut pernah menemui sebuah rumah penyembelihan di wilayah tenggara Guangdong di mana bangkai kucing yang telah dibekukan dan diperam disimpan untuk tujuan penjualan

Buat masa ini, kebanyakan kucing yang telah diselamatkan akan dipindahkan ke taman sementara, dijaga oleh sukarelawan hingga mereka pulih sepenuhnya.

Seorang aktivis lain, Han Jiali, yang memulakan usaha untuk menjejaki kereta kucing selepas kehilangan haiwan kesayangannya, menerima makluman dari pihak berkuasa tempatan bahawa haiwan tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang.

Buat masa ini, kebanyakan kucing yang telah diselamatkan akan dipindahkan ke taman sementara, dijaga oleh sukarelawan hingga mereka pulih sepenuhnya.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: