Hospital Di Gaza Lumpuh Sepenuhnya, 120 Orang Bayi Pramatang Kini Disahkan Meninggal Dunia
Difahamkan, perkhidmatan kesihatan berisiko terganggu dalam masa beberapa jam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan di Gaza terpaksa menghentikan perkhidmatan
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Palestin semalam, sistem penjagaan kesihatan di hospital di Semenanjung Gaza kini lumpuh sepenuhnya,
"Hospital di Gaza lumpuh sepenuhnya disebabkan perang Israel," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra.
Menurutnya, sejak 7 Oktober yang lalu, seramai 65 petugas perubatan telah kehilangan nyawa mereka dan 25 ambulans telah hancur akibat serangan daripada Israel.
Keadaan semakin merisaukan kerana terdapat kebimbangan bahawa lebih banyak ambulans tidak akan dapat beroperasi dalam beberapa jam yang akan datang disebabkan oleh kekurangan bekalan bahan api.
Kadar kematian di Gaza akibat serangan udara Israel meningkat kepada 5,791 orang
Jumlah kematian tersebut termasuk, 2,360 kanak-kanak, 1,292 wanita dan 295 warga emas. Manakala, 16,297 orang lagi cedera.
Selain itu, 1,550 orang dilaporkan terperangkap di bawah sisa runtuhan, termasuk 870 kanak-kanak.
"Israel melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap keluarga rakyat Palestin dalam beberapa jam lalu yang menyebabkan 305 kanak-kanak, 173 wanita dan 78 warga emas maut," katanya.
Hospital Al Shifaa yang merawat terlalu ramai pesakit tidak mampu lagi menampung peningkatan kemasukan penduduk yang cedera, selain penggunaan tinggi elektrik dan air
Menurut Ketua Pengarah Kerjasama Kesihatan di Kementerian Dr Marwan Abu Saad, Hospital Al Shifaa yang menjadi tempat berlindung kepada 45,000 orang dan merawat lebih 600 pesakit cedera sudah di ambang kemusnahan kerana kehabisan bekalan perubatan dan katil.
Malah, usaha mereka untuk mencari penyelesaian dianggap tidak realistik.
"Jika serangan udara berterusan, kami tidak mungkin dapat mengendalikan jumlah besar mangsa.
"Hospital dan sekiranya menjadi sasaran beberapa kali dan setiap jam kami menerima jumlah pesakit yang ramai. Kami tidak ada katil lagi untuk ditawarkan, jadi kebanyakan pesakit dirawat di atas lantai," katanya.
Tambahnya lagi, lori menghantar bantuan makanan, air dan ubat-ubatan ke Gaza melalui sempadan Rafah, tetapi bantuan itu tersebut hanya merupakan sebahagian kecil daripada keperluan sebenar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!