seismik

Pesawat Dari Tel Aviv Yang Mendarat Di Makhachkala, Dagestan, Rusia Cetus Huru-Hara

Difahamkan, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala, Dagestan, Rusia.

Cover image via Irfan_newboys (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semalam, 29 Oktober 2023, keadaan menjadi huru hara di Lapangan Terbang Antarabangsa Makhachkala, Dagestan, Rusia

Menurut laporan yang disampaikan oleh irfan_newboys melalui platform X bahawa keadaan sangat huru-hara apabila penduduk tempatan mendapat tahu bahawa satu penerbangan dari Tel Aviv mendarat di sana.

Menerusi video tersebut, mereka berlari mencari pintu-pintu yang terdapat orang Yahudi menunggu di situ.

Difahamkan, mereka ingin mencari sesiapa yang memegang pasport Israel atau orang Yahudi bagi melepaskan kemarahan mereka.

Penduduk tempatan di situ turut melaungkan takbir 'Allahu Akbar' dan mengibarkan bendera Palestin tanda soladariti.

Pasukan Khas Tentera Rusia tiba dan mengawal keadaan di lapangan terbang

Selepas pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, agensi penerbangan Russia menyatakan bahawa situasi berada di bawah kawalan.

Menurut Rosaviatsia, lapangan terbang akan ditutup sementara sehingga 6 November.

Pejabat perdana menteri Israel menyatakan bahawa Rusia perlu bertindak dengan tegas menentang hasutan keganasan terhadap orang Yahudi dan rakyat Israel. Hal ini kerana, beberapa individu dilaporkan cedera, kata pegawai kesihatan.

Untuk pengetahuan semua, Dagestan merupakan sebuah republik di Rusia yang kebanyakannya beragama Islam, terletak di Caucasus Utara, dengan sekitar 3.1 juta penduduk yang menetap di bahagian barat Laut Caspian. Kerajaan Dagestan telah mengumumkan pembukaan kes jenayah berhubung insiden kekacauan awam tersebut.

Media tempatan melaporkan bahawa penduduk tempatan menghentikan kereta di luar lapangan terbang Makhachkala dengan tuntutan untuk melihat dokumen

Namun, terdapat seorang ibu warga Israel merayu agar perusuh melepaskan bas mereka. Dia menyatakan anak lelakinya sakit dan memerlukan rawatan.

Bas itu penuh dengan mereka yang datang ke Rusia untuk merawat anak mereka yang sakit.

Lihat video keadaan huru-hara tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: