seismik

[VIDEO] "Ngeri!" - Keluarga Ini Kongsi Detik Cemas Kereta Yang Dinaiki Ada Ular Sawa

Besar betul ya ular sawa tu.

Cover image via Cikgu_Anep (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita berjumpa dengan ular, tidak kira besar atau kecil sudah pasti kita akan lari bertempiaran

Iyalah, binatang berbisa itu boleh membawa maut pada bila-bila masa saja. Malah, bukan senang untuk menjinakkan ular.

Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan seekor ular tiba-tiba keluar dari enjin kereta. Perkara ini disedari oleh sepasang suami isteri yang sempat merakam insiden tersebut.

Keluarga tersebut terus memandu dengan perlahan menuju ke balai bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan.


Image via Cikgu_Anep (X)

“Kejadian sebentar tadi. Allah sebaik-baik pelindung. Alhamdulillah, kami satu keluarga selamat. Ular juga selamat. Kami sempat sampai Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih abang Bomba, semoga Tuhan balas dengan ganjaran syurga,” kata mangsa.

Rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang kekal tenang dan tidak lekang menyebut nama Allah SWT walaupun sedang panik.

Image via Cikgu_Anep (X)

"Cicak bergayut pun dah panik, ini kan ular pulak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di laman aplikasi X, sehingga kini ia telah meraih 15.6K views, 133 likes dan 10 comments.

Manakala, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video ular tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen:

Image via Cikgu_Anep (X)
Image via Cikgu_Anep (X)
Image via Cikgu_Anep (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Admin pun lari tak cukup tanah kalau nampak ular :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: