Akhirnya Terjawab Rahsia Di Sebalik Logo ZUS Coffee, Lelaki Misteri Bukanlah Dewa Zeus!
Ada yang mengatakan bahawa logo tersebut adalah imej Zeus, dewa dalam Mitologi Yunani tetapi sebaliknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ZUS Coffee adalah salah satu kedai minuman yang berjaya memikat hati peminat dengan keunikan dan citarasanya yang tidak tertanding
Malah, para penggemar setia ZUS Coffee dengan yakin menyatakan bahawa tidak ada lagi ruang bagi rangkaian kopi antarabangsa lainnya kerana ZUS Coffee berhasil menarik minat dengan keunikan dan cita rasa kopi lokal yang tiada tandingannya.
Ramai tidak tahu tentang sejarah lelaki yang terdapat pada logo ZUS Coffee
Menurut sumber, lelaki yang terdapat pada logo ZUS Coffee merupakan seorang pengembala kambing Arab dari Habsyah (Ethiopia) di mana menurut legenda, merupakan lelaki pertama yang menemui keistimewaan biji kopi yang bernama Kaldi atau Khalid.
Menurut sejarah, Kaldi membuat penemuan tersebut apabila dia melihat kambing-kambing yang dipeliharanya makan buah beri berwarna merah dan menjadi sangat bertenaga serta aktif, menyebabkan beliau tertarik untuk mencuba buah tersebut sendiri.
Selepas penemuan itu, Kaldi membawa buah beri tersebut ke tempat ibadah di sebuah kampung untuk menceritakan penemuannya kepada ketua sami di tempat tersebut. Sami itu menganggap beri sebagai 'buah jahat' dan membuangnya ke dalam unggun api berhampiran. Namun, mereka tidak jangka bahawa biji kopi akan mengeluarkan aroma yang enak semasa dipanggang secara tidak sengaja.
Mereka kemudian mencuba untuk membuat minuman dengan biji kopi tersebut dan mendapati minuman itu memberikan mereka kekuatan dan ketahanan untuk beribadah dalam tempoh yang lama.
Penemuan tersebut dikongsi di pusat ibadah lain dan nikmat minuman itu tersebar ke serata dunia.
Pengiktirafan sijil halal secara sah daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Menerusi satu temu bual dengan COO ZUS Coffee, Venon Tian berkata jenama itu merasakan ia satu keperluan untuk jenama itu untuk turn luxury into a necessity (tukar kemewahan kepada keperluan).
Venon menyatakan keyakinan mereka bahawa kopi berkualiti dapat meransang kreativiti. Namun, harga kopi yang berkualiti sangat mahal. Oleh itu, ZUS Coffee berhasrat untuk menyediakan akses kepada kopi berkualiti pada harga yang mampu dimiliki oleh semua.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!