3 Kad Merah Mewarnai Perlawanan Pertama Piala Dunia FIFA 2026

Perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan menjadi pembuka kepada kempen Piala Dunia 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Inquirer & AFP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemeriahan Piala Dunia 2026 kini bermula apabila seawal perlawanan pertama sudah ada insiden 3 kad merah diberikan pengadil

Menerusi laporan Berita Harian, Mexico selaku tuan rumah bersama memulakan kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Azteca.

Mexico meraih tiga mata penuh menerusi jaringan Julian Quinones dan Raul Jimenez dalam perlawanan yang melibatkan sehingga tiga pemain dilayangkan kad merah.

Quinones membuka akaun jaringan kempen Piala Dunia pada separuh masa pertama selepas kesilapan pertahanan Afrika Selatan, Sphephelo Sithole, membolehkan Erik Lira merampas bola sebelum membuat hantaran kepada penyerang itu yang kemudiannya menjaringkan gol.

Mexico kemudiannya menggandakan jaringan pada minit ke-67 apabila Jimenez menanduk masuk gol kedua dari jarak dekat.

SAYS.com
Image via Reuters

Kad merah mula dilayangkan pada separuh masa kedua

Percubaan Afrika Selatan untuk bangkit menjadi sukar apabila Sithole terpaksa keluar padang pada minit ke-50 selepas melakukan kekasaran terhadap Brian Gutierrez.

Afrika Selatan kemudiannya hilang seorang lagi pemain apabila Themba Zwane dilayangkan kad merah pada minit ke-84 kerana berkelakuan ganas, memaksa pasukan berkenaan menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain.

Mexico turut tidak terlepas untuk menerima layangan kad merah apabila Cesar Montes dibuang padang pada masa kecederaan selepas melakukan kekasaran.

Kemenangan meletakkan Mexico dalam kedudukan baik untuk mengharungi baki saingan Kumpulan A dan mereka dijadual berdepan Korea Selatan di Guadalajara pada Khamis depan.

SAYS.com
Image via NDTV Sports

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik