3 Sebab Kenapa Warna Merah Sering Dikaitkan Dengan Cinta
Dari bunga ros ke coklat ke hadiah... kalau untuk kekasih, selalunya mesti berwarna merah. Tapi kenapa?
1. Warna merah merupakan warna yang paling merangsang otak. Apa kaitannya dengan cinta?
Warna merah lebih memberi kesan kepada otak berbanding dengan warna lain.
Kajian dari University of Rochester menyatakan bahawa seseorang yang memakai pakaian berwarna merah lebih mudah menarik perhatian seseorang. Pakaian itu tidak perlu menonjol. Walaupun seseorang itu memakai t-shirt berwarna merah, dia masih lagi akan menarik perhatian individu yang melihatnya.
Bagi wanita, walaupun hanya mengenakan gincu merah di bibir, dia akan seperti menghantar mesej kepada si jejaka bahawa dia menginginkan hubungan romantik dan tarikan itu selalunya adalah perasaan ghairah.
Walau bagaimanapun, sains tidak dapat memastikan mengapa warna merah mempengaruhi keghairahan seseorang dan ia mungkin kerana ia merupakan lumrah manusia dan fungsi otak yang memberi lebih perhatian terhadap warna merah berbanding warna-warna lain.
2. Warna merah adalah warna darah. Apa kaitan darah dengan cinta?
Mengikut kajian, apabila seseorang itu merasa perasaan cinta, saluran darahnya akan mengembang dan kulitnya akan bertukar kemerah-merahan. Sebab itulah, apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap seorang individu lain, mukanya akan menjadi merah padam atau blushing.
Selain itu, apabila kita meminati seseorang, jantung kita akan berdegup dengan pantas dan kita mempunyai rasa butterflies. Dan apabila jantung berdegup laju, ia mengepam tidak lain tidak bukan: darah.
3. Warna merah merupakan simbol kehangatan api. Apa kaitan api dengan cinta?
Ini adalah perkara yang paling jelas. Apabila seseorang itu merasakan cinta dan keghairahan, kehangatan itu seperti dia berada dalam api.
Warna merah badan kita meningkatkan nafsu dan ia membuatkan kita menginginkan sesuatu. Contohnya, mengapa kebanyakan restoran fast food berwarna merah? Ia kerana ia menarik perhatian kita selain merangsang nafsu kita.