Gen-Z Ada Style Raya Tersendiri, Biar Betul? Ini 3 Tabiat Mereka Suka Amalkan Masa Raya!
Macam-macam idea yang ada dalam fikiran mereka ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Kickapoo.
Sebut sahaja ‘Hari Raya’ mesti ramai yang excited kan?
Inilah masanya untuk balik kampung berjumpa keluarga sambil ‘OOTD’ bersama bestie dengan baju raya yang serba Gucci!
Bercerita mengenai Hari Raya, tahukah anda golongan gen-Z atau anak muda masa kini menyambut Hari Raya dengan cara tersendiri?
Menari TikTok dengan keluarga
Sedikit berbeza dengan generasi sebelum ini yang hanya bergambar semasa beraya dengan keluarga besar, gen-Z sekarang dah semakin ekstra dengan macam-macam idea konten yang ingin mereka rakamkan.
Golongan anak muda kini lebih memilih untuk merakam konten video seperti TikTok dance challenge. Barulah lit!
Mengucapkan ucapan raya dengan bahasa mereka
Jika generasi sebelum ini sekadar mengucapkan Selamat Hari Raya dengan ucapan penuh, gen-Z nyata mempunyai cara tersendiri.
Gen-Z lebih selesa dengan mengucapkan Mat Hari Raye atau SHRMZB yang membawa maksud Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Tiada lagi ucapan menggunakan kad raya yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk diterima penerima, sebaliknya sekadar wish menerusi platform media sosial saja.
Sama-sama fikir menu dan hidangan raya, barulah sehati sejiwa!
Seperti ramai sedia maklum, menyediakan hidangan Hari Raya seperti ketupat, rendang dan dodol sememangnya memerlukan tenaga kerja dan kudrat yang banyak.
Bermula daripada membersih bahan mentah, memotong, memasak berjam-jam sehinggalah membersih perkakasan memasak. Serius memenatkan!
Berbincang mengenai hidangan Hari Raya, sudahkah korang tetapkan cadangan minuman untuk disediakan buat para tetamu?
Haa.. cadangan hidangan ini sangat penting tau! Barulah tak berselisih pendapat sesama ahli keluarga mengenai juadah yang mahu dihidangkan.
Buat korang yang sedang cari air yang menjadi pilihan anak muda, refreshing dan mudah untuk disediakan, kami ada jawapannya.
Kami yakin para kawan-kawan korang mesti suka dengan air ini! Jawapannya, mestilah Kickapoo!
Ayuh ‘Dapatkan Kik’ bersama Kickapoo
Air yang admin maksudkan haruslah Kickapoo!
Minuman berperisa sitrus berkarbonat ini menawarkan rasa yang menyegarkan, pastinya para tetamu korang khususnya anak muda akan suka dengan hidangan yang melegakan tekak ini.
Oh ya, minuman ini tidak perlu dibancuh atau memerlukan bahan penyediaan yang banyak, semudah dapatkan sahaja di kedai berhampiran anda. Jimat masa anda.
Sesuai dengan tagline ‘Kik-nye Raya ini’, Kickapoo tidak hanya sesuai dihidangkan pada pagi raya, malah turut sesuai menjadi pilihan sewaktu lepak bersama rakan-rakan.
Pastinya hidangan minuman rumah korang akan tampil unik dengan adanya Kickapoo!
Dah rasa FOMO ke? Inilah masanya untuk dapatkan Kickapoo di kedai berhampiran korang!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!