33,094 Unit Rumah Bernilai RM17.78 Bilion Tidak Terjual, Ini Sebab Rakyat Malaysia Tak Mampu Beli
Lebih 33,000 rumah siap bernilai RM17.78 bilion masih tidak terjual di Malaysia disebabkan isu kemampuan terus berlarutan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia berdepan dengan masalah lambakan hartanah yang semakin meningkat akibat jurang yang melebar antara jenis hartanah yang dibina oleh pemaju dengan kemampuan kewangan penduduk tempatan
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 33,094 unit kediaman siap bernilai RM17.78 bilion tidak terjual pada separuh pertama tahun 2026.
Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding separuh kedua tahun 2025, yang mencatatkan 30,471 unit tidak terjual bernilai RM17.73 bilion.
Menurut laporan New Straits Times, bilangan pangsapuri yang tidak terjual turut meningkat kepada 23,375 unit bernilai RM19.33 bilion, dengan lebih 55% daripadanya berharga antara RM500,001 hingga RM1 juta.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Olive Tree Property Consultants, Samuel Tan, menyatakan bahawa pendapatan yang tidak meningkat dan penolakan pinjaman kekal sebagai halangan utama
"Pendapatan isi rumah median tidak seiring dengan peningkatan kos pembinaan, oleh itu, sebahagian besar bekalan hartanah baharu berada pada paras harga yang melebihi kemampuan 'pembeli rumah kali pertama', walaupun segmen harga RM300,000 ke bawah dikategorikan sebagai 'mampu milik'," katanya.
Tan menambah bahawa penolakan pinjaman oleh Bank Negara terhadap pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap mewujudkan satu lagi kekangan utama.

Projek perumahan lama, lokasi yang kurang strategik dan jaringan perhubungan yang lemah turut menyumbang kepada peningkatan bilangan unit yang tidak terjual
Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong, sebelum ini memberitahu Business Times bahawa rumah yang berharga di bawah RM300,000 gagal menarik minat pembeli untuk membelinya.
Chang menjelaskan bahawa negara menghadapi kekurangan rumah yang terletak di lokasi strategik, layak mendapat pembiayaan dan benar-benar mampu milik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via