seismik

39 Cara Menandakan Kertas Undi Anda Selain 'X' Yang Sah Di Sisi Undang-Undang

Banyak lagi cara lain ya untuk menandakan kertas undi anda.

Cover image via postimg.cc

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi dibolehkan menanda kertas undi dengan pelbagai cara lain, meskipun tanda 'X' merupakan yang paling ideal.

Image via SPR

Berikut merupakan cara lain untuk menanda kertas undi anda:

Rantaian gambar ini diambil dari 'Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Image via SPR
Image via SPR

Jika tanda itu masih di dalam ruangan nama calon, ia masih diterima:

Image via SPR
Image via SPR

Selain itu, jika pengundi menanda di ruangan simbol calon, juga diterima

Image via SPR
Image via SPR

Menanda dengan lebih dari satu tanda seperti berikut, juga diterima:

Image via SPR
Image via SPR
Image via SPR

Jika penandaan itu tersasar sedikit dari kotak yang disediakan ia masih diterima tetapi jangan sampai masuk ke kotak calon lain ya!

Image via SPR
Image via SPR

Walaupun kertas undian terdapat sedikit kerosakan seperti terkoyak, selagi ia tidak menjejaskan nombor siri dan cop rasmi, ia masih boleh diterima

Image via SPR

Cara lain yang diterima adalah dengan menandakan calon pilihan menggunakan dakwat di jari, tetapi pastikan tidak terkena pada kotak calon lain ya!

Image via SPR
Image via SPR

Jika terdapat sedikit dakwat dari jari pengundi terkena bahagian luar kertas undi, ia masih diterima

Image via SPR

Ini pula merupakan perkara yang perlu dielakkan ketika membuang undi:

Kertas undi yang tidak dicop dengan cop rasmi SPR dan tiada nombor siri perlu ditukar serta-merta dengan kertas undi yang baru

Image via SPR

Jika pengundi tanda lebih dari satu calon, undian anda akan dikira sebagai undi rosak

Pastikan tiada tanda di belakang kertas undi sebelum membuang undi. Jika ada, jangan teragak-agak untuk meminta kertas yang baru.

Image via SPR
Image via SPR

Jika tanda di luar kotak nama calon dan logo calon, ia juga tidak akan diterima

Image via SPR

Sebarang petunjuk yang dapat mengenal pasti pengundi juga tidak akan dikira sebagai undi yang sah

Image via SPR
Image via SPR

Elakkan melukis atau menconteng di atas kertas undi kerana ia tidak akan dikira sebagai undi

Image via SPR
Image via SPR

Kata-kata lucah, sensitif, atau perkataan lain yang ditulis di atas kertas juga tidak akan diterima

Image via SPR

Sekiranya kertas undi terkoyak yang menjejaskan nombor siri dan cop rasmi, ia tidak akan diterima

Image via SPR
Image via SPR

Untuk mengetahui panduan yang lebih lengkap, boleh klik di sini!

Image via Whatsapp

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi cerita menarik mengenai #PRU14:

You may be interested in: