seismik

3 Lagi Pegawai Berpangkat Tinggi Telah Meletak Jawatan, Semuanya Dalam Sehari

Perletakan jawatan secara berjemaah? Aneh.

Cover image via Astro Awani

Kalau sebelum ini seramai 9 individu berpangkat tinggi termasuk DS Najib Razak telah sama ada meletak jawatan, dipindahkan atau diberi 'cuti', semalam, 6 Jun, kita dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh beberapa lagi individu dalam beberapa sektor

Berikut adalah senarai pegawai-pegawai tersebut:

1. Tan Sri Muhammad Ibrahim serah surat perletakan jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)

TS Muhammad telah memberi surat perletakan jawatannya semalam namun begitu pengganti beliau masih belum diputuskan oleh Kabinet.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir mengesahkan beberapa laporan yang menyatakan TS Muhammad tawar diri untuk berundur daripada jawatan nombor satu bank pusat itu walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebab diatas keputusannya itu.

Mengikut laporan daripada Astro Awani, keputusan perletakan jawatan itu dibuat ekoran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan keputusan BNM membeli tanah daripada kerajaan bernilai RM2.1 bilion.

2. Datuk Mohd Omar Mustapha telah meletak jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Image via Astro Awani

Seperti yang dilaporkan Astro Awani, Datuk Omar telah mengeluarkan satu kenyataan berkata, beliau telah memberi notis perletakan jawatan itu berkuatkuasa 30 Jun 2018.

Katanya, “Saya kini sedang menunggu kata putus daripada Lembaga Pengarah Petronas Saya dilantik sebagai seorang Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif Petronas pada 15 Sept 2009."

Menurut Kod Tadbir Urus Petronas, seseorang ahli Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif hanya boleh memegang jawatan ini selama maksimum sembilan tahun dari tarikh perlantikan.

Tiada lanjutan boleh diberikan selepas sembilan tahun ini," jelasnya lagi.

3. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia (TM), Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, meletak jawatan berkuat kuasa 6 Jun 2018

Tempat beliau akan dipangku Timbalannya, Datuk Bazlan Osman.

"TM ingin menghargai segala jasa Datuk Seri Shazalli sepanjang memimpin syarikat," kata TM dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, TM bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau meletak jawatan.

DS Mohammed Shazalli sebelum ini merupakan CEO serantau Axiata Group Bhd.

Keputusan perletakkan jawatan kesemua individu berpangkat tinggi ini berlaku hanya dalam tempoh sebulan selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada 10 Mei lalu

Image via Kosmo

Tun Mahathir sendiri telah memberi amaran bahawa ketua-ketua jabatan tertentu "harus pergi" dalam usaha membersihkan kerajaan baru.

Seperti yang dilaporkan Berita Harian,Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa ketua jabatan bakal digugurkan atas sebab-sebab tertentu.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan sama sekali tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan beberapa ketua jabatan yang didapati bersubahat dalam melakukan perkara yang langsung tidak membawa kebaikan kepada negara Malaysia ketika era kepemimpinan kerajaan terdahulu.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: