seismik

Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Treler Ketika Pulang Dari Makan Malam ‘Terakhir’

Kesemua mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Cover image via Google

Empat sekeluarga termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan telah disahkan maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jalan Ipoh - Kuala Kangsar malam tadi

Image via Sinar Harian

Kejadian telah berlaku pada 13 Februari kira-kira jam 10:20 malam ketika mereka sekeluarga selesai makan malam 'terakhir' bersama sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Menurut laporan, kereta Proton Saga yang dinaiki keluarga tersebut telah bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, Perak.

Keempat-empat mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kompleks Perumahan PDRM Sungai Siput

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku hanya beberapa minit selepas kesemua mangsa selesai menikmati makan malam bersama di restoran yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kemalangan.

Mangsa-mangsa yang terlibat adalah Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, 27, anak sulungnya, Muhammad Fariz Iskandar, 3, anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad, 16 bulan serta kakak iparnya, Nik Ifeka Nik Hassan, 28.

Kesemua mangsa disahkan maut di tempat kejadian kecuali anak sulung mangsa, Muhammad Fariz, 3 yang dikatakan mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati treler bermuatan bahan binaan yang dipandu dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas hingga memasuki jalan bertentangan

Image via Google

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, “Disebabkan itu, kereta mangsa tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler sebelum dihempap dengan muatan kenderaan berat itu.

“Akibatnya, kesemua mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak mengalami kecederaan parah,” jelasnya ketika ditemui.

Namun begitu, pemandu treler berusia 26 tahun yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan. Lelaki tersebut telah ditahan untuk diambil keterangan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Jeffery Abdullah menjelaskan seramai 10 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.26pm

Jeffrey turut menjelaskan setibanya di lokasi kejadian terdapat tiga mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut manakala dua mangsa iaitu ibu dan bayi berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Mangsa yang tersepit adalah pemandu dan seorang wanita di bahagian penumpang belakang manakala kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun di tempat duduk penumpang hadapan.

"Kanak-kanak terbabit terselamat apabila dia terperosok di bawah papan pemuka dan anggota bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Setelah itu, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada kakitangan perubatan manakala, kesemua mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu Panji, Kota Bharu, Kelantan selepas proses bedah siasat selesai dilakukan.

Al-Fatihah buat kesemua mangsa yang terlibat.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

You may be interested in:

Leave a comment