seismik

Bapa & Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Maut Selepas Kereta Dinaiki Terbakar Dalam Kemalangan

Kenderaan jenis MPV Toyota Alphard itu dikatakan terbabas dan terbakar dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, hari ini, 31 Januari 2020.

Cover image via Harian Metro

Sebuah kereta jenis MPV iaitu Toyota Alphard telah terbakar dalam sebuah kemalangan di Kepala Batas, pada hari ini, 31 Januari 2020

Image via Facebook

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, dua beranak iaitu seorang bapa dan kanak-kanak berusia tiga tahun dikatakan berada di dalam kenderaan tersebut telah maut akibat rentung.

Kejadian telah berlaku di Kilometer 119.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Kepala Batas

Image via Harian Metro

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 10am.

“Difahamkan, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu dinaiki tiga beranak sebelum terbabas dan terbakar. Dua mangsa iaitu seorang lelaki dan anaknya berusia tiga tahun didapati rentung di dalam kenderaan itu, manakala isteri lelaki terbabit berjaya menyelamatkan diri.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. Maklumat lanjut mengenai kejadian ini akan dimaklumkan kemudian,” kata Noorzainy.

Image via Facebook

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 9.58am

“Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba, sebuah MPV didapati terbakar. Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” jelasnya.

Tambahnya lagi, setelah api selesai dipadamkan dan pemeriksaan dibuat, pihak mereka menemui kedua-dua mangsa telah rentung di dalam kenderaan tersebut.

Mayat kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Leave a comment