seismik

Planning Nak Bercuti? Ini 4 Tawaran Pakej Murah & Jimat Untuk Travel Ke Korea Selatan

Beli sekarang, travel kemudian.

Cover image via Jeju Tourism Organization , Korea Tourism Organization , Fazzytravel

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh Korea Tourism Organization.

Ada yang rindu nak melancong? Dah lama rasanya tak berpeluang untuk travel ke luar negara semenjak wabak yang melanda seluruh negara

Image via GIPHY

Kini, kedengaran berita baik untuk semua yang telah lengkap vaksinasi boleh melancong. Meskipun begitu, pastikan anda telah pun lengkap vaksinasi dan sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan oleh negara-negara yang bakal dikunjungi.

Sementara itu, sudah pasti ramai yang telah merancang dan membuat persiapan untuk melancong ke luar negara bukan?

Teringin nak pergi Korea? Jom lihat tawaran dan pakej menarik yang ditawarkan oleh Korea Fest kali ini!

1. 8H6M Classical Korea Tour - Apple Vacations

Harga: Daripada RM4,299
Tempat termasuk: Incheon, Seoul, Jeju Island, Busan, Gyeongju, Daegu, and Jeonju

Tempat menarik yang wajib kunjungi:

Jagalchi Market
Jagalchi Market merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong. Tempat ini merupakan pasar makanan laut yang terbesar di Korea.

Terdapat pelbagai makanan laut segar termasuk ikan hidup dan ikan kering. Siapa yang gemar makan raw fish, inilah tempatnya!

Busan Blueline Park 
Tempat tarikan yang mesra alam ini sudah semestinya mendapat ribuan kunjungan pelancong. 

Terdapat kemudahan kereta api lama yang membawa pelancong berjalan menikmati keindahan Pantai Haeundae. Anda akan dapat menikmati pemandangan itu dari 7 hingga 10 meter. Sangat romantik!

Busan X The Sky
Terletak di bangunan kedua tertinggi di Korea, setiap tingkat membolehkan pengunjung untuk menikmati panaroma lautan Haeundae yang indah. Bukan setakat itu, anda juga akan terpukau dengan pemandangan malam yang terpancar kepesatan teknologi bandar mereka. 

Harga: Daripada RM4,148
Tempat termasuk: Seoul dan Pulau Jeju

Tempat menarik yang wajib kunjungi:

Orda Café
Terletak berhampiran Seongsan Sunrise Peak di Pulau Jeju. Kafe ini wajib dikunjungi kerana tempatnya yang sangat Instagrammable.

Seopjikoji
Kalau anda peminat Drama Korea, pasti anda tahu ini merupakan tempat yang menjadi set penfileman drama popular termasuklah Boys Over FlowersOrange MarmaladeWarm and Cozy dan banyak lagi. 

Paling best, jangan lupa bergambar di tempat ikonik iaitu buaian yang membolehkan anda menikmati pemandangan puncak Seongsan Sunrise. 

Image via Fazzytravel

Harga:  Daripada RM4,688 (All in)
Tempat termasuk: Seoul, Gangwon, dan Pyeongchang

Tempat menarik yang wajib kunjungi:

Yongpyong Resort & Alpensia Ski Resort
Pergi masa musim sejuk? Memang tidak sah kalau tak main salju bukan? Anda boleh bermain ski, kereta luncur dan papan luncur salji bersama keluarga di sini. Jangan risau, anda boleh mengambil pelajaran ski dan papan luncur yang sedia ada di ski resort tersebut.

Mt. Balwangsan Skywalk
Terletak di Yongpyong resort. Dibina di puncak gunung Balwang, ia merupakan skywalk tertinggi di Korea Selatan. Dengan kelebaran 14m dan 64m panjang jambatan, ia mampu membawa anda untuk menikmati pemandangan empat musim dari atas dengan pusingan 360 darjah.

Nami Island Forest Dining
Terkenal sebagai set penfileman drama Korea iaitu Winter Sonata. Anda akan rasa nyaman dan tenang. Makan dalam kawasan hutan bersama keluarga dan kawan pasti sesuatu memori yang unik! 

Maengbang Beach, Samcheok
Lokasi penggambaran album jacket ‘Butter’ BTS. Tambahan lagi, anda boleh camping di sini. Seronok!

Image via Visit Korea

Harga: Daripada RM4,338
Tempat termasuk: Jeju Island, Yongin, Gyeonggi, Gangwon dan Seoul

Tempat menarik yang wajib kunjungi:

Dae Jang Geum Park
Tempat yang penuh dengan sejarah ini pasti mempunyai pelbagai budaya unik oleh warga Korea yang boleh kita kenal dan pelajari. Banyak filem Korea yang bergenre historical jadikan tempat ini sebagai set mereka.

Sebagai contoh, drama Gu Family Book, The Moon Embracing The Sun, Queen Seondeok, Dr. Jin, Arang and the Magistrate dan juga musik video oleh Suga BTS' Daechwita.

Image via Visit Korea
Image via Visit Korea

Semuanya berbaloi bukan? Jom singgah Korea Fest 2021 yang membolehkan anda untuk beli sekarang tetapi travel kemudian!

Image via Korea Fest 2021

Korea Fest 2021 dianjurkan oleh Korea Tourism Organization (KTO). Ayuh singgah ke Mid Valley Megamall pada 20 Oktober hingga 24 Oktober untuk tawaran yang lagi menarik tentang pelancongan anda ke Korea Selatan. 

Pelbagai agensi yang menawarkan harga yang jimat dan berbaloi. Semua tawaran ini sangat terhad, jadi tunggu apa lagi? Jom serbu!

Bukan setakat itu, anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah di Korea Fest 2021 setelah membeli Pakej Cuti Korea Selatan

Sempena Korea Fest kali ini, banyak hadiah yang ditawarkan. Rebut peluang untuk menangi hadiah sehingga RM25,000. Hadiah termasuklah Samsung Z Flip3 phone, Samsung earbuds dan baucar Touch n'Go. 

*Tertakluk terma dan syarat.

Jangan fikir lama-lama, jom singgah Korea Fest 2021! Klik sini untuk info lebih lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik