seismik

Syarikat Dari UK Dedah Rangkaian 4G Di Malaysia Antara Paling "Lembap" Di Dunia

Telco mana yang paling laju?

Cover image via cloudfront.net

Percaya atau tidak, Malaysia merupakan negara dengan liputan 4G paling perlahan daripada 88 buah negara yang menyertai kajian

Pada 20 Februari, pakar pemetaan liputan tanpa wayar, OpenSignal yang berpangkalan di UK telah mengeluarkan laporan global yang membandingkan prestasi 4G di 88 buah negara.

Menurut laporan berkenaan, negara-negara dengan kelajuan 4G terpantas di dunia pun masih belum dapat mencecah kelajuan 50 Mbps.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa banyak negara lebih memberi tumpuan dalam memperluas akses 4G kepada lebih ramai orang dan lebih banyak tempat, bukan mengembangkan kelajuan 4G itu sendiri.

Image via OpenSignal

Laporan OpenSignal juga menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-69 untuk kelajuan 4G dan ke-42 untuk ketersediaan 4G

Sementara Singapura menduduki tangga teratas dengan kelajuan purata 44.32 megabit sesaat (Mbps), Malaysia dengan kelajuan 14.83 Mbps meletakkannya di antara 20 negara paling bawah dalam senarai.

Lebih buruk, walaupun perkhidmatan 4G telah tersedia selama lima tahun di Malaysia dengan kelajuan internet dijanjikan sehingga 100 Mbps, negara ini masih tertinggal di belakang jirannya seperti Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps), dan Myanmar (15.56 Mbps).

Image via highcharts.com

Walau bagaimanapun, Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan daripada prestasi pada tahun 2016, iaitu 14.35 Mbps.

Malaysia juga menduduki tangga ke-42 dengan 74.88% ketersediaan 4G, lebih baik daripada Brunei (73.66%), Indonesia (72.39%), dan Vietnam (71.26%).

Menariknya, laporan OpenSignal menunjukkan Maxis mengungguli senarai untuk kelajuan 4G manakala Yes memenangi dari segi ketersediaan 4G

Image via OpenSignal

Maxis juga memberi purata kelajuan muat turun 23.6 Mbps, iaitu 3 Mbps lebih pantas berbanding Yes.

Image via OpenSignal

Dari segi kelajuan 4G pula, Celcom berada di tempat ketiga dengan purata 16.2 Mbps. Digi mempunyai purata 11.8 Mbps, manakala U Mobile dan Webe mempunyai purata kelajuan di atas dan di bawah 7 Mbps.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

'Broadband for all' katanya:

Mungkinkah negeri Johor akan mengubah lanskap kelajuan 4G di Malaysia di masa hadapan?

You may be interested in: