seismik

5 Bahasa Cinta Yang Anda Perlu Tahu. Yang Mana Satukah Anda?

Sebelum anda fahami anda jenis orang macam mana, apa kata kita fahami dulu 5 bahasa cinta.

Cover image via lookoutimage.com

Seorang kaunselor cinta bernama Gary Chapman telah berkongsi tentang 5 Bahasa Cinta dalam bukunya yang bertajuk "The Four Seasons of Marriage"

Chapman merupakan kaunselor perkahwinan selama 30 tahun dan beliau yakin 5 bahasa cinta ini wujud dalam setiap orang berdasarkan bagaimana seseorang itu meluahkan emosinya

Image via tumblr.com

Gary Chapman berkata, "Setiap orang ada bahasa cinta tersendiri dan bahasa cinta itu penting untuk menyampaikan perasaan cinta kepada orang lain."

focusonthefamily.com

Ikuti perkongsian menarik dari Gary Chapman mengenai 5 bahasa cinta tersebut di bawah:

1. Luahan penghargaan

Image via tumblr.com

Bahasa cinta ini dikenali sebagai 'words of affirmation'.

Pada satu hari, saya dan isteri saya melawat anak perempuan kami dan keluarganya. Selepas makan, menantu kami buang sampah di luar rumah. Apabila dia masuk semula rumah, anak saya tengok kepada suami dia dan cakap “John, terima kasih sebab tolong buangkan sampah”.

Hati saya jadi gembira kerana saya tahu itu adalah tanda penghargaan. Sepanjang saya bekerja sebagai kaunseling, ramai klien saya yang sering mengadu “Saya berkerja keras setiap hari tetapi pasangan saya tak pernah beri pujian malah cakap saya tak buat apa-apa langsung. Satu pujian pun tak pernah dapat

Jika bahasa cinta pasangan anda adalah penghargaan, anda pasti akan dapat pujian dan penghargaan setiap kali anda melakukan sesuatu.

focusonthefamily.com

2. Perbuatan

Image via giphy.com

Bahasa cinta ini dikenali sebagai 'acts of service'.

Bagi sesetengah orang, sesuatu perbuatan itu adalah simbol cinta sejati.

Contohnya seperti seorang klien saya bernama Maxine yang telah berkahwin selama 15 tahun. Dia sering kali mengadu tentang kelakuan suaminya di rumah.

"Saya tak faham. Setiap hari dia beritahu yang dia cintakan saya, tetapi dia tak pernah nak tolong saya buat apa-apa. Dia cuma akan duduk di sofa dan tonton tv sementara saya basuh pinggan di dapur. Tak terlintas langsung di fikirannya untuk tolong saya. Kalau betul dia sayang saya, dia sepatutnya bantu ringankan beban."

Dalam kes ini, bahasa cinta bagi Maxine adalah perbuatan dan bukan perhargaan. Walaupun suaminya setiap hari beritahu betapa dia cintakan Maxine, dia tak tahu macam mana nak luahkan perasaan cinta dengan cara lain.

Tetapi, selepas saya terangkan kepada suaminya tentang 5 bahasa cinta, dia mula faham dan mula mengaplikasikan bahasa cinta Maxine iaitu perbuatan.

focusonthefamily.com

3. Pemberian

Image via tumblr.com

Bahasa cinta ini dikenali sebagai 'receiving gifts'.

Ramai orang setuju, pemberian hadiah itu penting sebab ia menunjukkan perhargaan dan kasih sayang.

Ramai yang tak tahu bahawa pemberian hadiah juga merupakan salah satu bahasa cinta. Jika pasangan anda jenis yang sukakan hadiah, anda cuma perlu memberi hadiah kepadanya pada hari jadinya, pada musim perayaan, pada ulang tahun atau bila-bila sekalipun.

Hadiah pemberian tidak semestinya mahal. Yang penting adalah niat. Walaupun hadiah itu ringkas dan murah seperti kad atau bunga, ia mampu membuat pasangan anda tersentuh. Kadang-kadang, pemberian kecil seperti inilah yang menggembirakan hati si dia.

focusonthefamily.com

4. Masa bersama

Image via tumblr.com

Bahasa cinta ini dikenali sebagai 'quality time'.

Bagi seseorang dengan bahasa cinta ini, mereka selalunya lebih suka meluangkan masa bersama pasangan.

Jika luangkan masa merupakan bahasa cinta pasangan anda, tutup TV, letakkan majalah, pandang pasangan anda dan dengar apa yang ingin dia sampaikan. Walaupun anda hanya memberi perhatian selama 20 minit dengan mendengar dan bersembang, ia cukup untuk membahagiakan pasangan anda.

Kepada si suami, jika ingin membuat isteri anda bahagia, pandang isteri anda semasa dia jalan masuk ke bilik. Jika anda sedang menonton bola sepak, padamkan suara dan terus perhatikan isteri anda. Jika dia mahukan perhatian, tutup tv. Dia pasti akan lebih gembira dengan perhatian yang anda berikan.

focusonthefamily.com

5. Sentuhan fizikal

Image via giphy.com

Bahasa cinta ini dikenali sebagai 'physical touch'.

Ramai orang tahu, sentuhan itu penting dalam perhubungan. Sebab itu bayi suka dipegang dan didukung. Isyarat sentuhan kasih sayang ini telah dikenal pasti sejak bayi lagi.

Dalam perkahwinan, bahasa sentuhan termasuklah memeluk bahu atau memegang tangan pasangan semasa berjalan, meletakkan tangan di peha si dia semasa memandu, begitu juga memberikan ciuman mesra, pelukan dan juga sentuhan seksual.

Jika pasangan anda jenis yang suka dipegang, sentuhan anda sudah memadai untuk membahagiakan dia.

focusonthefamily.com

You may be interested in: