5 Perkara Kekok Yang Berlaku Dalam Temu Bual Datuk Aznil Dengan Kim Kardashian
Dugaan Datuk Aznil kali ini...
Datuk Aznil Nawawi, pengacara nombor satu Malaysia telah berlepas ke Los Angeles pada Januari lalu. Sepanjang berada di sana, beliau mendapat peluang untuk menemubual beberapa selebriti Hollywood di studio E! News.
Walau bagaimanapun, kami rasa temubual Datuk Aznil bersama Kim Kardashian itu agak hambar. Kenapa? Ini sebabnya:
1. Ia bermula dengan Datuk Aznil berkata,"... pujian datang dari anda itu sangat 'wow wow'"
Suasana temubual memang terasa sangat janggal sejak dari mula lagi. Tak sampai satu minit, perasaan teruja kami terus bertukar menjadi lesu.
2. Cara Datuk Aznil menanyakan soalan-soalan itu sendiri menampakkan betapa gemuruhnya beliau bersama Kim Kardashian
Ayat yang digunakan oleh Datuk Aznil juga kadang-kadang nampak kekok, contohnya seperti:
"I've been following you before the additional member of your family, the addition of new family, a new member to the family."
Kami sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Datuk Aznil.
3. Selepas Kim Kardashian selesai menjawab salah satu soalan, respon yang diberi Datuk Aznil hanyalah...'OK' dan terus lompat ke soalan seterusnya
4. Terdapat juga beberapa "awkward silence" dalam beberapa babak temubual yang menambahkan lagi suasana hambar
Ia sangat jelas apabila Kim Kardashian menerangkan bahawa dia sering membuat rawatan meratakan warna kulit.
5. Apabila Datuk Aznil minta Kim Kardashian untuk memberi pesanan kepada banjir di Malaysia tetapi Kim Kardashian terpinga-pinga
Namun begitu, kami percaya yang Datuk Aznil sudah cuba sebaiknya. Mungkin beliau gugup kerana ia kali pertama beliau menjalankan temubual di Hollywood. Yelah, bukan mudah kan?
Daripada respon yang kita lihat, ramai netizen yang merasakan temubual ini sangat membosankan, serta ada yang menganggap tempat Datuk Aznil sepatutnya diganti pengacara lain yang fasih berbahasa Inggeris