seismik

[SHARE] Tidak Boleh Dirawat Dan 4 Lagi Perkara Penting Mengenai Zika Yang Anda Wajib Tahu

Awasi diri anda!

Cover image via www.ibtimes.co.uk

Hari demi hari kita dilaporkan dengan peningkatan jumlah mangsa virus Zika di Malaysia. Setakat hari ini, dipercayai terdapat 40 kes terbaru yang melibatkan virus tersebut. Ya, hal ini amat membimbangkan.

Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dua hari lalu.

Image via www.ismaweb.net

Menurut beliau, semua mangsa sedang menjalani ujian darah yang dilakukan di makmal hospital kerajaan dan swasta bagi mengetahui sama ada mereka dijangkiti virus Zika.

astroawani.com

Namun, mungkin masih ramai belum betul-betul mengenali virus ini dan bagaimana jangkitan itu boleh berlaku. Ini 5 perkara penting mengenainya:

1. Apakah virus Zika?

Zika adalah penyakit virus yang menyebabkan demam yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV). Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes sama seperti penyakit demam denggi.


Simptom-simptom penyakit ini sama seperti penyakit demam denggi. Mereka yang dijangkiti akan mengalami demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

astroawani.com

2. Bolehkah dirawat?

Buat masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.


Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

astroawani.com

3. Negara manakah yang terjejas?

Jangkitan virus Zika, kini sudah ditemui di 21 negara Caribbean, Utara dan Selatan Amerika.

Antaranya ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, dan Venezuela.

astroawani.com

4. Perlukah anda membatalkan lawatan anda?

Media WHO menyarankan supaya orang ramai tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika.


Kementerian Kesihatan Malaysia bagaimanapun menyarankan orang ramai yang ingin melawat ke negara-negara yang dijangkiti virus Zika agar mengambil langkah-langkah pencegahan yang sama digunakan untuk mengelakkan penyakit denggi.

astroawani.com

5. Langkah-langkah pencegahan

Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu.

Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh.

Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Image via www.cbsnews.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi mengenai Zika:

You may be interested in: