5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Upgrade Atau Pindah Rumah. Take Note!
Penting untuk research dulu sebelum buat keputusan.
Setiap orang sudah pasti mempunyai impian masing-masing yang hendak dicapai bukan?
Selain mendapatkan pekerjaan yang stabil, membeli kereta atau motosikal, dapat memiliki rumah juga merupakan satu impian bagi semua orang. Tidak kiralah rumah jenis apa pun, perkara tersebut menjadi satu pencapaian hidup yang perlu dibanggakan.
Namun, sebelum membuat keputusan untuk memiliki rumah, banyak perkara yang perlu diambil kira. Mungkin ramai yang terlepas pandang dengan beberapa perkara ini, jadi jom ketahui tips penting sebelum pindah atau upgrade rumah.
1. Tetapkan bajet anda dengan teliti
Seperti umum ketahui, membeli rumah sudah tentu akan menelan kos yang tinggi. Bukan setakat harga rumah itu yang perlu dibayar, banyak lagi kos yang perlu kita keluarkan.
Antaranya, kos ubah suai ruangan mengikut cita rasa, proses nak pindah rumah termasuk pembelian barang perabot dan sebagainya. Anda boleh survey dengan pihak pemaju yang menawarkan zero entry di mana pembeli tidak perlu menanggung kos-kos guaman jual beli dan juga tak perlu keluarkan wang pendahuluan untuk memiliki rumah. Dengan itu, anda mampu berjimat!
2. Saiz rumah dan reka bentuk mengikut pelan yang dikehendaki
Pastikan juga anda mengambil kira bilangan ahli keluarga yang bakal duduk bersama di rumah baru. Hal ini supaya semua ahli keluarga dapat tinggal di rumah yang mempunyai ruang yang lebih selesa.
Antara ruangan yang perlu diambil kira adalah, jumlah bilik tidur, bilik mandi dan ruangan keluarga yang mencukupi untuk isi rumah keluarga anda. Tidak adalah istilah berebut atau perlu berkongsi selepas ini.
Ahli keluarga juga terasa sangat selesa dengan ruangan dan privasi yang mereka ada.
3. Keperluan masa depan
Untuk pasangan newly-wed yang akan berpindah ke rumah baru, anda juga perlu mengambil kira ahli keluarga yang akan bertambah mengikut perancangan keluarga.
Mungkin pada awal pernikahan, rumah seperti studio sudah mencukupi kerana anda hanya tinggal berdua. Namun, jika anda merancang untuk membina keluarga ia tidak sesuai dan perlukan ruang yang lebih luas.
Sebab itu, anda perlu merancang dari awal supaya persekitaran dan ruang rumah selesa untuk ahli keluarga yang akan bertambah.
4. Tetapkan dekorasi dan jenis perabot
Siapa saja tak suka untuk menghias terutamanya masuk ke rumah baru bukan? Tipsnya, anda perlu merancang dekorasi dan jenis perabot yang ingin diterapkan dalam rumah baru. Adakah anda ingin mengekalkan perabot lama atau membeli perabot baru?
Sebaiknya, anda tetapkan dekorasi dahulu supaya semuanya kemas dan cantik kerana menggunakan satu konsep yang sama. Antara konsep yang boleh anda terapkan ialah konsep minimalis, konsep tradisional, konsep moden dan konsep industri.
5. Perubahan emosi dan gaya hidup
Perkara ini kelihatan seperti remeh tetapi sangat penting, kerana perubahan emosi dan gaya hidup akan memberi kesan kepada diri kita. Sebab itu, anda perlu ambil kira juga emosi anda dan keluarga.
Jika anda pindah ke rumah yang lebih besar, ruang yang akan anda nikmati lebih selesa untuk seisi keluarga. Selain itu, persekitaran kejiranan juga lebih berkualiti sekaligus akan meningkatkan kualiti kehidupan seharian anda dan keluarga.
Anda tengah survey kawasan perumahan baharu?
Sutera @ S2 Heights Aman oleh IJM Land pasti jadi pilihan hati anda!
Kawasan perumahan ini terletak di S2 Heights Aman, Seremban 2. Rumah teres 2 tingkat ini mempunyai keluasan 22' x 65' dengan 4 bilik tidur (1,975 sq.ft).
Tempat yang sangat strategik kerana mempunyai akses langsung daripada lebuhraya PLUS dan jarak dekat dengan lebuhraya ELITE dan LEKAS.
Banyak juga kemudahan seperti pusat beli-belah, restoran-restoran, sekolah-sekolah, bank-bank, hospital dan taman di sekitar S2 Heights Aman. Lebih menarik lagi, landskap hijau yang direka khas dan teliti untuk penduduk di sini supaya lebih tenang dan selesa.
Laluan pejalan kaki dan ruang hijau direka khas untuk pejalan kaki. Tempat rekreasi juga disediakan antaranya taman permainan kanak-kanak dan peralatan outdoor gim.
Anda sekeluarga juga akan rasa lebih selamat berada di S2 Heights Aman dengan kawalan keselamatan 24 jam. Ketahui info lanjut di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!