560 Stesen Petron Cipta Rekod Malaysia, Raih Penarafan Tandas Bertaraf 4 & 5 Bintang

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan tersebut berlangsung di stesen Petron Taman Tasik Cyberjaya.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Petron Malaysia mencipta pencapaian tersendiri apabila berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pengiktirafan sebagai rangkaian stesen minyak dengan jumlah tandas berpenarafan kebersihan empat dan lima bintang tertinggi di Malaysia

SAYS.com
Image via @malaysiabookofrecords (Instagram)
SAYS.com
Image via @malaysiabookofrecords (Instagram)

Menurut hantaran di Instagram @malaysiabookofrecords, pengiktirafan itu diberikan selepas sebanyak 560 stesen minyak Petron di seluruh negara memperoleh penarafan berkenaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan tersebut berlangsung di stesen Petron Taman Tasik Cyberjaya dan disaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Difahamkan, penilaian yang dijalankan mengambil kira beberapa aspek penting, termasuk tahap kebersihan tandas, keadaan kemudahan, penyelenggaraan berkala serta keselesaan pengguna.

Malah, pencapaian itu menunjukkan usaha berterusan Petron dalam memastikan kemudahan tandas di stesen minyak sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan selesa untuk digunakan orang ramai

SAYS.com
Image via @malaysiabookofrecords (Instagram)
SAYS.com
Image via @malaysiabookofrecords (Instagram)Image via

Menerusi hantaran di media sosial, Nga Kor Ming turut mengucapkan tahniah kepada Petron atas kejayaan meraih pengiktirafan tersebut.

"Sebanyak 86% daripada keseluruhan stesennya, telah memperoleh penarafan tandas empat atau lima bintang sepanjang tempoh penilaian MBOR pada tahun 2025," katanya.

Pencapaian berkenaan sekali gus memperlihatkan peranan stesen minyak yang bukan sahaja menjadi tempat mengisi bahan api, malah turut menyediakan kemudahan persinggahan untuk pengguna jalan raya berehat dan membersihkan diri sepanjang perjalanan.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS