seismik

6 Minuman Penawar Yang Dipercayai Dapat Bantu Melawan Demam Denggi

Walaupun keberkesanan jus dan minuman ini tidak terbukti secara saintifik, ia tetap mampu membantu sebagai rawatan alternatif bagi melawan demam denggi.

Cover image via GettingNoWhere.net

Apa itu demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang telah dijangkiti virus tersebut

Image via Tumblr.com

Apakah statistik kes denggi di Malaysia?

Image via iDengue

Sebanyak 98 kes kematian akibat wabak denggi dilaporkan dari 16 hingga 21 Mac lalu berbanding 54 kes dalam tempoh sama tahun lalu di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, dalam tempoh sama kes demam denggi dilaporkan sebanyak 2,006 kes berbanding tahun lalu 2,275 kes mencatatkan pengurangan 34 peratus.

"Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 21 Mac lalu sebanyak 30,890 kes dilaporkan berbanding tahun lalu dalam tempoh sama 21,967 kes. Hingga hari ini Selangor masih mencatatkan kes demam denggi paling tinggi di negara ini iaitu 58 peratus daripada kes keseluruhan," katanya.

hmetro.com.my

Apakah penyebab denggi berdarah dan sejauh manakah tahap bahayanya?

Denggi berdarah merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi. Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Kekurangan platelet darah dalam badan boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

myhealth.gov.my

Bagaimana untuk mengelakkan jangkitan demam denggi?

Elakkan daripada terkena gigitan nyamuk dengan:

Image via kl.coconuts.co
1. Gunakan ubat nyamuk.
2. Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan repellent jika perlu.
3. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit iaitu di antara jam 5.30 pagi - 8.00 pagi dan 5.30 petang - 8.00 malam.
4. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah terutama sekali pada waktu-waktu tersebut.
5. Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu. myhealth.gov.my

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

1. Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah seperti semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong air.
2. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas-bekas tersebut.
3. Tukar air di dalam bekas minuman haiwan peliharaan dengan kerap. myhealth.gov.my

Apakah tanda-tanda seorang individu itu telah terkena jangkitan demam denggi?

Image via Nurseland.net
1. Demam yang berpanjangan.
2. Muntah berlarutan.
3. Sakit perut.
4. Kurang bermaya.
5. Sesak nafas.
6. Pucat dan sejuk pada tangan dan kaki.
7. Pendarahan pada gusi dan hidung.
8. Tanda-tanda merah pada kulit. myhealth.gov.my

Jika seorang individu telah disahkan menghidap demam denggi, apakah cara untuk merawatnya?

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Walau bagaimanapun, terdapat minuman dan jus yang dipercayai dapat membantu pesakit demam denggi seperti:

1. Jus daun betik

Kementerian Kesihatan menjalankan kajian bagi kesan daun betik untuk merawat demam denggi. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Hilmi Yahaya berkata penyelidikan awal menunjukkan bahawa ekstrak daun betik dapat meningkatkan tahap platelet dalam pesakit yang menghidap demam denggi.

"Pengambilan minuman jus daripada produk berasaskan daun betik sebagai rawatan alternatif untuk demam denggi dipercayai dapat mempercepatkan pemulihan bagi pesakit denggi," jelasnya.

malaysiandigest.com

2. Sup ketam

Sup ketam merupakan salah satu cara traditional untuk melawan demam denggi. Ketam dipercayai mengandungi protein yang tinggi dan ia dapat membantu meningkatkan kandungan platelet darah dalam badan.

jewelpie.com

3. Jus jambu batu merah

Jambu batu merah mengandungi vitamin C dan ia membantu meningkatkan imuniti terhadap bakteria dalam badan. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan luka dengan cepat.

blogspot.com

4. Minuman isotonik

Image via Blogspot.com

Minuman isotonik dapat membantu menambahkan tenaga. Ia dapat membantu pesakit untuk kekal hidrasi.

jewelpie.com

5. Air kelapa muda

Image via Blogspot.com

Air kelapa muda dapat menambahkan tahap mineral yang hilang di dalam badan disebabkan demam denggi selain menyejukkan badan.

mywanderingstory.com

6. Jus kurma atau buah kurma

Kurma sangat tinggi dari segi kandungan gula, zink, dan vitamin. Selain untuk membantu pesakit demam denggi, ia memang terkenal sebagai penawar segala penyakit.

mywanderingstory.com

Meskipun begitu, ia amat penting bagi pesakit denggi untuk mendapatkan rawatan doktor sebelum mencuba rawatan alternatif kerana denggi boleh membawa maut!

Tahukah anda bahawa teh juga dapat membantu melawan penyakit? KLIK SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment