seismik

"Tenang & Santai" - 6 'Perfect' Vila Untuk Staycation Bersama Keluarga Di Janda Baik

Tinggalkan hal-hal dunia dan relaks seketika!

Cover image via Twinkle Villa (Facebook) & @have2.jandabaik (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Percutian merupakan masa untuk kita berehat sebentar setelah penat bekerja atau belajar

Ini sajalah masa untuk kita betul-betul rehat dan kosongkan minda. Kalau hari lain, kita bukan setakat dibelenggu dengan pelbagai pekerjaan, malah kadang ada yang sehingga stres. Oleh sebab itu, perlu untuk kita menghilangkan stres dan enjoy sekali sekala. 

Sesetengah orang memang suka percutian ala-ala adventure yang penuh dengan pokok menghijau. Pencinta alam gitu! Percutian di kawasan hutan sememangnya boleh mehilangkan stres dan menjauhkan diri daripada dunia sebenar.

Jom lihat 7 tempat perfect staycation di Janda Baik:

1. Twinkle Villa

Memang dah nak nampak gah dan mewah daripada luar. Konsep minimalis yang mempunyai elemen tradisional ini memang kelihatan tenang. Dihiasi dengan pokok yang tinggi, memang persis di luar negara. 

Anda boleh mengadakan Family Day di sini, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti team buidling, BBQ, nature walk dan sebagainya. 

Klik sini untuk ketahui info lebih lanjut. 

2. Intan Payung

Sesuai untuk keluarga yang lebih kecil, memang nampak santai dan tenang. Suasana yang sunyi dan kedengaran aliran air sungai yang deras sememangnya merupakan satu terapi minda.

Anda boleh juga mengadakan movie night bersama keluarga di perkarangan vila kerana mereka menyediakan skrin projektor yang besar. Memang syok kalau ada perlawanan bola ni!

Klik sini untuk ketahui info lebih lanjut.

3. Have2 Private Villa

Vila ini memang kelihatan sangat elegan dan mewah. Apa yang paling best ialah di sini mempunyai gerbang pintu seperti di Bali. Terdapat juga kolam renang yang besar untuk anda dan keluarga mandi kolam. 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

4. Charis Janda Baik Villa

Kolam renang di vila ini memang menjadi tarikan ramai pelancong. Suasana malam juga memang sangat santai. Kalau bosan bolehlah ajak family main ATV. Selain itu, anda juga boleh mandi air sungai yang terdekat. Seronok!

Klik sini untuk ketahui info lebih lanjut.

5. Embun Luxury Villas

Sebut saja nak buah-buahan apa? Semuanya memang akan dapat di sini. Mereka mempunyai dusun buah-buahan yang dipetik segar untuk anda. Suasananya yang sangat tenang juga sangat menarik perhatian. Paling best, makan buah sambil menikmati view kolam yang indah.

Klik sini untuk ketahui info lebih lanjut. 

6. Tiarasa Escapes

Tempat perfect untuk anda yang suka adventurous. Di sini anda boleh glamping. Nikmati pemandangan yang indah dan juga campfire pada malam hari. Memang seronok! Nampak sangat nature kan? Tetapi sebenarnya tempat ini sangat Instagrammable. 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

Haa, kalau ada family function dah tau dah mana port best! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: