seismik

6 Perkataan Yang Selalu Digunakan Oleh Pemain Mobile Legends: Bang Bang

Jangan keliru lagi dengan istilah-istilah ini.

Cover image via Bernama

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan lebih banyak video di YouTube dan TikTok.

Semua orang ada hari terbaik dan hari terburuk apabila bermain Mobile Legends

Kadang-kadang Mobile Legends akan membuat anda berasa marah terutama sekali dengan ahli pasukan yang toksik.

Tapi, kadang-kadang kita tidak tahu pun apa makna perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends.

Boleh dikatakan selalunya pemain MLBB akan menyebut sesuatu perkataan tanpa mengetahui apa maknanya.

Jadi apa perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends? Jom kita baca.

1. Tolol, Goblok, Bego, Bod**

Image via ign.com

Semua perkataan di atas membawa maksud yang sama, iaitu bodoh (tidak pandai).

Perkataan ini selalu digunakan apabila seorang pemain MLBB marah terhadap pasukannya yang lain akibat kesalahan yang selalunya tidak masuk akal.

Walaubagaimanapun mengatakan pemain lain bodoh adalah tidak baik dan lebih teruk akan mengurangkan moral permainan anda.

2. EZ, GG, GGWP dan End

Good Game dan Good Game Well Played. Dua perkataan ini akan digunakan di setiap akhir perlawanan untuk pemain yang menang mahupun yang kalah.

GG juga digunakan sebagai sindiran untuk memerli pasukan diri sendiri yang membuat masalah.

Selain itu, EZ digunakan sebab musuh terlalu mudah ditewaskan. Ia membawa maksud easy yang boleh dieertikan macam senangnya.

End pula digunakan apabila seseorang atau satu pasukan mahu mengaku kalah dan menyuruh pihak lawan untuk menghabiskan perlawanan. Sebagai contoh‘GG end please’ yang bermaksud tolong habiskan.

Namun, End juga boleh digunakan rakan sepasukan untuk memberi maksud “jom habiskan perlawanan ini” apabila pasukan anda mendahului.

3. Anji**/Anjay

Image via cnet.com

Anjing pada mulanya cuma seekor binatang. Tetapi dipopularkan oleh para rakan seberang di sana sebagai satu penghinaan untuk pemain lain.

Malah anjing juga digunakan apabila anda berasa menjengkelkan untuk apa-apa situasi di dalam permainan video.

4. Nob, noob, cupu, lemah

Noob selalunya bermaksud orang yang baru mencuba permainan video baru dan masih belum mahir.

Tetapi noob kini berubah menjadi satu kritikan terhadap orang yang sentiasa melakukan kesalahan dan bertukar menjadi satu penghinaan.

Kalau orang lain kata anda noob? Apakata anda cuba untuk jadi lebih baik dan buktikan anda bukan seorang noob.

5. Bocah

Bocah bermaksud budak-budak. Lebih kepada budak lelaki.

Tetapi dalam MLBB bocah ini boleh membawa kepada perangai seseorang itu yang kebudak-budakan.

6. Nak skin

Ini adalah perkataan yang selalu digunakan oleh orang yang mahukan belas ihsan dari pemain lain.

Kalau minta pun, adakah anda akan mendapat skin itu?

Setakat ini sahaja 6 perkataan yang selalu digunakan oleh pemain Mobile Legends: Bang Bang.

Apa lagi perkataan yang selalu pemain MLBB guna?

Jom sama-sama sertai komuniti #KitaSamaLevel dan layari komuniti.mygameon.my untuk maklumat lanjut.

Image via mygameon.my

You may be interested in: