6 Sebab Paling Utama Mengapa Bisnes Restoran Cepat 'Bungkus' Dan Lingkup
Tanya diri anda semula. Sudah sediakah mahu berniaga?
Buka restoran, selang beberapa bulan 'bungkus'.
Ya, hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Secara jujurnya, kami boleh katakan tak semua orang boleh bertahan lama dalam industri F&B ini. Tanpa ilmu berniaga anda tidak mungkin mampu bertahan.
Mari ikuti pendapat dan pandangan saudara Andy Syamsuddin mengenai perkara ini
Kalau tiada ilmu jangan nak 'try-test' buka restoran... Lesap semuanya nanti.
Orang yang cenderung buka restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.
Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.
1. Modal
Buka restoran modalnya besar. Bajet renovasi+peralatan mungkin setel tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet 'rolling' untuk 6 bulan 'survive. Bajet promosi dan marketing belum masuk lagi.
facebook.com2. Tauke lepas tangan
Biasanya orang yang berduit buka restoran akan 'delivery' banyak benda kepada 'orang harapan' untuk aturkan segalanya. Mungkin toke ambil tugas dalam pembelian(kononnya kontrol dan jaga bajet). Perkara lain dia tak jaga.
facebook.com3. Tidak sediakan 'cara kerja' atau SOP
Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin ok sikit tetapi bila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu.
facebook.com4. Tamak
Bisnes restoran tak perlu tamak sangat, bila dah dikuasi benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macamana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk. Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.
facebook.com5. Terlampau berambisi (terburu-buru)
Kebanyakan orang berduit ini jenis yang berambisi dan ber 'nafsu besar'. Bila restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah 'idea' hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?
facebook.com6. Tak upgrade ilmu
Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar saja sedangkan ilmu pengurusan restoran ini luas dan kena 'upgrade' kan selalu. Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.
.
Jadi, buat mereka yang ingin memulakan perniagaan restoran, jangan lupa ilmu itu penting ya. Goodluck!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!