6 Watak Allahyarham Harun Salim Bachik Yang Pasti Sukar Dilupakan

Perginya seorang lagi pelakon dan pelawak terkenal tanah air.

Enlarge text
Cover ImageCover image via islandtalk.asia

Pelakon dan pelawak popular, Harun Salim Bachik telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mac 2015 kira-kira jam 4.15 petang di kawasan R&R Bukit Merah, Perak

Image via Rotikaya

Anak kepada Allahyarham, Ikram Al Rashid mengakui bahawa dirinya masih terkejut dengan khabar pemergian bapanya

Image via MStar

Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki yang merupakan sahabat baik kepada Allahyaraham telah berkongsi tentang pemergiannya di laman Facebook dan Instagram beliau

Sepanjang berkarya, kami percaya inilah antara watak-watak Allahyarham Harun Salim Bachik yang paling diingati orang ramai:

1. Watak Allahyarham sebagai Remy dalam siri Rumah Kedai yang popular pada tahun 90-an

Image via Oh!Bulan

2. Allahyarham memainkan watak Mr Harun dalam filem KIL yang memenangi anugerah Filem Terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia ke-26 (FFM26)

Image via

3. Watak Leman dalam filem Baik Punya Cilok arahan rakan seperjuangannya, Afdlin Shauki

Image via SAYS.com

Leman (Harun Salim Bachik) merupakan seorang rakan baik kepada Bob (Awie) dan dianggap seperti abang kandung sendiri. Tetapi dia akhirnya menjadi pembelot dan merosakkan rancangan Wak bersama rakan-rakannya yang lain dalam misi merampas keronsang nenek Wak (AC Mizal) dari Tauke Wong (Patrick Teoh) durjana.

4. Memegang watak Pak Harun yang berani menentang gangster dan tidak gentar dengan ancaman mereka dalam filem Abang Long Fadil

Image via SAYS.com

Pak Harun berusaha sedaya-upaya demi mempertahankan Kampung Berani dari diambil oleh gangster. Walaupun digoda dengan wang ringgit dan menerima ugutan bunuh dari mereka, Pak Harun tetap teguh dengan pendiriannya dan langsung tidak gentar dengan ancaman para gangster yang ingin mengmbil alih tempat itu.

5. Selain itu, Harun Salim Bachik juga amat terkenal dengan watak Boboi We bersama Afdlin Shauki dalam kumpulan Boboi

Image via

6. Dan Allahyarham paling dikenali baru-baru ini dengan watak cikgu displin SMK Ayer Dalam, Mr. Mohd Salleh di dalam siri Oh My English!

Image via

Oh My English! – "Open the fan!"

Untuk makluman, Allahyarham juga pernah mengeluarkan sebuah album nyanyian berjudul Belilah

Image via Oh!Bulan

Allahyarham Harun Salim Bachik sememangnya seorang warga seni yang versatil dalam industri hiburan tanah air. Daripada watak antagonis, kepada watak yang mencuit hati, semuanya beliau mampu bawakan dengan baik.

Image via Astro Gempak

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa. Al-Fatihah.

Anda juga mungkin meminati:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: