seismik

62% Rakyat Malaysia Bantah GST Tapi Majoriti Tak Faham Mekanisma GST

Satu hakikat yang amat menyedihkan apabila rakyat Malaysia sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka.

Cover image via yimg.com

Berdasarkan Satu Survei Yang Dijalankan Oleh Merdeka Center, 62% Rakyat Malaysia Didapati Menolak Idea Perlaksanaan GST

Badan penyelidik bebas, Merdeka Center mendedahkan sebanyak 62% rakyat Malaysia tidak menyokong pelaksanaan cukai kontroversi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

themalaysianinsider.com
Image via twimg.com

"62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.

themalaysianinsider.com

Walaupun Begitu, 64% Daripada Mereka Dilaporkan Tidak Memahami Tentang Ekonomi Negara

Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.

themalaysianinsider.com

Orang Melayu Adalah Difahamkan Sebagai Golongan Yang Paling Terkesan Dengan Perlaksanaan GST

Kehadiran ramai orang Melayu dalam himpunan membantah cukai jualan dan perkhidmatan (GST) semalam, seperti dibangkitkan pemimpin BN semalam, kerana golongan itu masih miskin dan bakal terkesan dengan pelaksanaan GST kelak.

malaysia-chronicle.com

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, dominasi orang Melayu dalam perhimpunan semalam bukan isu utama kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi orang ramai.

malaysiakini.com

"Kurang lebih (kaum mana yang berhimpun) itu biasa. Kalau Umno kata orang Melayu sahaja yang keluar, ya, orang Melayu masih ramai yang miskin," katanya dalam sidang media.

malaysiakini.com

Ketua Gerakan Pemuda, Tan Keng Liang Menyindir Anak-Anak Muda Melayu Yang Hadir Ke Perhimpunan Anti GST Di Dataran Merdeka Dengan Berkata Mereka Mudah Diperalat Oleh Pembangkang

Menurutnya, hanya orang Melayu 'merangkak' di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin PKR dan PAS.

malaysia-chronicle.com
Image via imgur.com

Semalam, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang secara sinis berkata mereka yang turun ke himpunan semalam sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton filem Spiderman di pawagam.

malaysia-chronicle.com
Image via imgur.com

Walaupun Mendapat Bantahan Keras Daripada Rakyat, Datuk Seri Najib Tun Razak Tetap Bertegas GST Akan Menjamin Masa Depan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat untuk berfikir secara rasional tentang tujuan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

astroawani.com
Image via blogspot.com

Katanya, walaupun ada pihak bercadang untuk membuat bantahan di Kuala Lumpur terhadap GST tetapi hakikatnya apabila sistem cukai itu diperkenalkan, masa depan negara terjamin.

bharian.com.my
Image via thestar.com.my

"Kalau kita fikir secara rasional.. Kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak buah," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan pada 1 Mei 2014.

bharian.com.my

"Kerajaan mahu lakukan perubahan dan transformasi walaupun dipandang sebagai sesuatu yang tak patut dan tak perlu dilakukan," kata Perdana Menteri.

astroawani.com

JUGA DI SAYS: Perhimpunan Anti GST Telah Diadakan Pada 1 Mei 2014 Di Dataran Merdeka

Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenai "Goods And Services Tax" (GST) Yang Akan Dilaksanakan Pada Tahun 2015

You may be interested in: