seismik

"Hanya 2 Jam Dari KL" - Ini 7 Forest Resort Sesuai Untuk Nature Retreat Bersama Family

Jom hirup udara segar!

Cover image via @lokalisstay & @lamantamara

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda sudah pasti bosan staycation di hotel yang terletak di bandar bukan?

Jom cuba sesuatu yang baru. Staycation di tempat yang mempunyai alam semula jadi, bila bangun tu bunyi aliran air sungai yang deras, bunyi kicauan burung. Rasa tenang bukan? 

Sekali-sekala kita hirup udara segar dalam hutan yang sejuk tanpa pelbagai gangguan seperti gangguan bunyi, gangguan kerja dan sebagainya. Barulah boleh release stress! 

Yang bestnya, anda boleh terokai pelbagai aktiviti adventurous sekitar resorts tau. Jom kita tengok resorts mana yang best dan jaraknya dekat dengan Kuala Lumpur. Yang pastinya, ia juga affordable!

Image via GIPHY

1. Sekeping Serendah, Selangor

Image via Sekeping
Image via Sekeping
Image via Sekeping

Sekeping Retreats mempunyai banyak jenis rumah dan bilik di Malaysia. Salah satunya Sekeping Serendah yang terletak di Serendah, Selangor. Anda hanya perlu menaiki kenderaan selama satu jam untuk sampai ke sini. 

Pelbagai aktiviti menarik juga boleh dilakukan di sini termasuklah berenang, BBQ, jungle trekking dan lain-lain. Lagi best, jika anda bawa rakan dan keluarga yang mempunyai ramai ahli. Barulah meriah!

Anggaran masa perjalanan: 40 hingga 58 minit dari KL.

Layari laman web mereka di sini

2. The Kabin, Selangor

Image via Trip Advisor
Image via @lokalisstay
Image via @lokalisstay

Anda akan dapat menikmati suasana alam semula jadi di tempat ini. Menginap di kabin pada malam hari, dan juga boleh bermandi-manda dan berenang di kolam renang. Paling best, makanan di sini memang recommended!

Anggaran masa perjalanan: 55 minit dari KL. 

Layari laman web mereka di sini

3. The Sticks, Selangor

Image via The Sticks
Image via The Sticks
Image via The Sticks

Dengan bertemakan 'Find Rest In Nature', The Sticks memang terkenal dengan resorts yang menjadi pilihan orang ramai. Tempatnya yang terjaga, bersih, dan tenang itu memang seronok. Pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di situ termasuklah tubing, water rafting, paragliding dan macam-macam lagi. 

Anggaran masa perjalanan: 1 jam 30 minit dari KL. 

Layari laman web mereka di sini

4. Tanah Larwina Retreat, Selangor

Image via Tanah Larwina
Image via Tanah Larwina

Tanah Larwina lengkap dengan flora dan fauna. Jika anda menginap ke sana, anda akan dapat melihat pelbagai jenis haiwan seperti itik, kuda dan macam-macam lagi.

Bukan saja boleh menangkap ikan, anda juga boleh mandi air sungai sambil menikmati buah di dusun mereka 

*Buat masa sekarang, resort ini tidak dibuka kerana sedang ditambahbaik dan direnovasi. (ditulis pada 15/7/2022)

Anggaran masa perjalanan: 1 jam 10 minit dari KL.

Layari laman web mereka di sini.

5. Dawn Haven, Pahang

Image via @lokalisstay
Image via @lokalisstay

Kalau anda merancang untuk buat hari keluarga, anda boleh menginap di Dawn Haven ini yang terletak di Janda Baik. Mungkin ia sedikit mahal, tetapi anda akan puas hati dan tidak menyesal apabila melihat fasiliti mereka yang lengkap dan selesa.

Ajak ramai-ramai supaya ia lebih berbaloi. Banyak juga aktiviti menarik boleh dilakukan di sini. Tunggu apa lagi? Jom!

Anggaran masa perjalanan: 57 minit dari KL.

Layari laman web mereka di sini.

6. The Hooton Retreat, Negeri Sembilan

The Hooton Retreat mempunyai 4 jenis bilik untuk anda. Ada vila, ada juga dome yang membolehkan anda glamping sambil menikmati pemandangan yang indah. Harganya juga sangat mampu milik. 

Bila lagi nak hirup udara segar betul tak? Jom ajak kawan-kawan!

Anggaran masa perjalanan: 2 jam dari KL. 

Layari laman web mereka di sini

7. Laman Tamara, Negeri Sembilan

Image via Google
Image via Google
Image via Laman Tamara

Laman Tamara menyediakan vila yang mempunyai 5 bilik. Bilik itu memuatkan sehingga 15 orang. Kalau anda ada geng seramai itu, bolehlah ajak ke sini. Suasana kampung dan rumah berkonsepkan Melayu itu menarik perhatian ramai.

Anggaran masa perjalanan: 2 jam dari KL.

Layari laman web mereka di sini.

Haa, semua nampak seronok kan? Jom kumpul duit lepastu pergi ramai-ramai baru syok! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: