seismik

7 Influencer Wanita Popular Di Malaysia Yang Anda 'Mesti Follow' Untuk Idea Resipi Menarik

Mesti korang familiar dengan nama-nama ini.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, semakin ramai influencer yang mendapat tempat di hati para pengguna media sosial dengan menghidangkan pelbagai konten menarik untuk ditonton

Antara konten yang paling digemari ramai adalah semestinya resipi-resipi masakan. Walaupun ada sesetengah makanan itu kita sudah tahu resipinya, kita tetap mahu melihat konten daripada mereka kerana disunting dengan pelbagai idea kreatif.

Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, kami akan menyenaraikan tujuh orang influencer wanita yang popular dengan konten masakan di media sosial terutamanya TikTok, YouTube dan Instagram.

Jom kita lihat siapakah mereka ini:

1. Che Nom

Image via Utusan Malaysia

Siapa saja yang tidak mengenali Che Nom atau nama sebenarnya ialah Normah Bakar. Resipi dan video masakan yang dikongsi di media sosialnya pasti jadi pilihan mereka yang baru nak belajar memasak. Bukan saja resipi yang menarik, tetapi videonya juga senang untuk difahami dengan tutur kata Che Nom yang teratur.

YouTube : https://www.youtube.com/c/CheNomYoutube?app=desktop
Instagram : https://www.instagram.com/che_nom/?hl=en

2. Adikfoods

Image via Rasa

Dengan hanya memuat naik video masakan di media sosial Facebook pada awalnya, hobi wanita bernama Faezah Binti Sufian ini membuatkannya lebih serius berkongsi menu yang dimasak untuk tatapan rakan-rakan dan juga followers di Instagram. “Adik” adalah panggilan untuknya dalam kalangan ahli keluarga.

YouTube : https://www.youtube.com/@AdikfoodsFamily
Instagram : https://www.instagram.com/adikfoods/?hl=en

3. Syifa Jamil

Image via Utusan Malaysia

Kalau anda adalah pengguna setia TikTok, pasti anda mengenali Syifa ini kerana dia mula mendapat perhatian ramai dari laman media sosial itu. Telatahnya yang lucu sambil bercakap loghat Kedah turut menjadikan video masakannya menarik.

TikTok : https://www.tiktok.com/@syifajamill
Instagram : https://www.instagram.com/syifajamil/?hl=en

4. The Kampung Vegan

Berasal dari Langkawi, wanita bernama Elliz ini tampil dengan pelbagai resipi turun temurun daripada neneknya. Kesemua resipinya adalah seratus peratus plant based dan 'made from scratch'.

YouTube : https://www.youtube.com/@TheKampungVegan
Instagram : https://www.instagram.com/thekampungvegan/?hl=en

5. Mendy Tan

Image via Storify

Sering berkongsi resipi makanan Cina, wanita bernama Mendy ini berkongsi video masakan yang aesthetic kepada pengikutnya. Kalau tengok video-videonya, kita pun rasa tenang saja. Kualiti videonya juga memang cantik dan mudah untuk difahami.

Instagram : https://www.instagram.com/mendy.tan/?hl=en

6. Hannan Mubarak

Video masakannya sering tampil di laman FYP TikTok, Hannan Mubarak mempunyai abang bernama Hamdan Mubarak yang juga membuat konten masakan. Resipi-resipinya memang simple dan boleh dibuat pada bila-bila masa.

TikTok : https://www.tiktok.com/@bakewithhannan

7. Rara Tan

Video masakannya yang sangat menenangkan membuatkan kita rasa nak cuba masak pada waktu itu juga. Kalau anda tengok video resipi yang dimuat naik oleh wanita bernama Rara ini, automatik anda akan jatuh cinta dengan dapurnya juga. Cantik dan aesthetic!

Instagram : https://www.instagram.com/raraaaatan/?hl=en
TikTok : https://www.tiktok.com/@raramasak

Hebat kan mereka? Kebanyakannya sudah berkeluarga tetapi tetap komited dengan kerjaya di media sosial. Kami di team Seismik ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita buat anda semua. Teruskan menjadi insan yang hebat! ❤️

You may be interested in: