seismik

7 Sebab Kenapa Travel Dengan 'Bros' Lebih Best Dan Terbaik

Mana destinasi untuk 'the ultimate BROcation' anda?

Cover image via glaciermedia.ca

"Dengan siapa aku patut travel?"

Ini merupakan satu persoalan yang wajib singgah di kepala masing-masing sebelum pergi melancong, baik lelaki mahupun perempuan.

Image via wordpress.com

Bak kata pepatah:

'It's not only the destination that matters, but the person with whom you travel'

Siapa-siapa yang nak travel mesti kena decide teman yang akan ikut bersama. Selalunya, misi untuk mengajak rakan-rakan lain memang mencabar. Dan ada juga yang merasakan melancong dengan rakan-rakan yang sama jantina lebih mudah, terutamanya kaum lelaki.

Jadi, kenapa kaum lelaki rasa travel dengan bros dalam 'all boys trip' lebih best? Di sini kami senaraikan 7 sebab iaitu:

1. Bros tahu macam mana nak navigate dan cari jalan

Image via rantchic.com

Kalau pergi travel ke mana-mana pun, selalunya lelaki yang akan memandu kereta ke sana ke mari. Memang dah jadi lumrah untuk si lelaki menjadi driver. Bukan sahaja driver, lelaki juga selalunya lebih cekap dalam soal mencari jalan, membaca peta, dan menentukan hala tuju ketika travel.

Kebarangkalian untuk sesat juga adalah lebih rendah. Dan kalau sesat sekali pun, pastinya bros tahu macam mana nak cari jalan pulang.

2. Bros akan rasa lebih selamat bila berjalan pada waktu malam

Image via picdn.net

Berjalan pada waktu malam boleh jadi satu pengalaman yang menakutkan. Terutamanya bila berjalan di kawasan yang sunyi dan gelap. Tapi dengan adanya sekumpulan bros berjalan bersama, rasa takut itu pasti akan hilang.

Persepsi orang di jalanan juga berbeza bila melihat kaum lelaki sedang berjalan pada waktu malam. Orang nak kacau pun rasa takut. Berbeza dengan kaum wanita yang mungkin lebih cenderung untuk didekati oleh orang yang tidak dikenali. Betul tak?

3. Bros lebih pandai ambil gambar

Image via petapixel.com

Bercakap tentang peralatan kamera, selalunya lelaki yang lebih lengkap. Kamera? Checked! Lens? Checked! Tripod? Checked! Domeport? Checked! Red filter? Checked! Drone? Checked! Kemahiran mengambil gambar? Checked and checked! Lengkap dan sentiasa bersedia dalam apa jua situasi.

Lagilah pula zaman sosial media sekarang ni, masing-masing obses untuk mendapatkan shot yang cantik untuk dimuat naik ke laman sosial peribadi. Lebih cantik gambar, lebih banyak likes, lebih puas hati, lebih teruja, lebih berbaloi, dan lebih bersemangat untuk travel lagi dengan bros.

4. Bros tak malu untuk tidur di tempat awam

Image via thesun.co.uk

Dalam bas boleh tidur, dalam teksi boleh tidur, dalam keretapi pun boleh tidur. Asalkan dapat tempat duduk, bros are ready to doze off. Nak berdengkur pun tak ada masalah. Tak ada apa yang nak dimalukan.

Cuma, bila dah selalu tidur, bersedialah untuk menjadi bahan kepada rakan-rakan lain yang nakal mengambil gambar mulut anda sedang ternganga luas.

5. Bros cepat bersiap

Image via KIX HD

Mandi 5 minit, pakai baju seluar 5 minit, siap-siap sikit dalam 5 minit, settled! Bros tak makan masa yang terlalu lama untuk bersiap. Mandi pun sekejap. Sabun? Tak payah pun tak apa. Nama pun travel, buat apa nak sibuk berwangi dan berdandan. Tak perlu semua tu. Betul tak?

Walau dalam situasi last minute pun, bros selalunya akan berjaya juga mengejar masa. Good job bros!

6. Bros suka travel light

Travel light bermaksud 'satu beg dah cukup'. Beg ekstra untuk shopping? Tak payah. Bros hanya bawa barang yang betul-betul perlu sahaja sepanjang perjalanan, dan masih ada lebihan ruang dalam beg just in case kalau ada beli apa-apa barang untuk disumbat kemudian.

Bawa satu beg memang senang. Boleh bawa naik kapal terbang, bawa naik teksi pun senang, nak bawa ke mana-mana pun tiada masalah.

7. Bros tak plan dan lebih spontan

Image via KIX HD

Yup. Lagi spontan lagi best! Bila dah sampai ke destinasi, baru bros akan decide nak buat apa kat situ. Sebab selalunya kalau plan awal-awal ni bukannya jadi pun. Buat letih je.

Pernah dengar, 'sometimes the best trips are last-minute getaways'? Inilah prinsip yang patut dipegang oleh setiap bro dalam dunia ni. Pastinya, trip bersama sekalian bros anda akan jadi lebih exciting and happening!

Nak lebih inspirasi untuk travel bersama bros? Saksikan 'The Ultimate BROcation' di KIX HD pada setiap Rabu mulai 14 Disember 2016 ini jam 9 malam!

Image via KIX HD

Lihat bagaimana rapper tempatan, SonaOne bersama tiga orang bros dari tiga negara berbeza bergabung dalam satu 'BROcation' impian ke Hong Kong.

No Girlfriends, No Kids, No Sleep.

Jangan lupa saksikan 'The Ultimate BROcation' mulai 14 Disember 2016 setiap Rabu jam 9 malam hanya di saluran 729, KIX HD di Astro.

Bercakap tentang SonaOne, jom layan video beliau buat 'Google Autocomplete Challenge' DI SINI:

Nak travel tips?

You may be interested in: