seismik

8 Menu Tradisional 'Rare' Yang Dihidangkan Di Pagi Hari Raya. #6 Tu Marvelous!

Kalau korang jumpa ada rumah yang masih menghidangkan semua menu ni, berayalah lama sikit. :P

Cover image via Google

Esok dah nak Raya! Mesti semua tengah sibuk di dapur untuk menyediakan juadah Hari Raya yang bakal dihidangkan untuk keluarga dan para tetamu yang bakal hadir kan?

Image via 7708

Tup tap tup tap, hari ini merupakan hari terakhir umat Islam menyambut Ramadan. Begitu cepat masa berlalu, terasa seperti baru semalam kita berpuasa.

Namun begitu, ramai juga yang sangat excited untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Maklumlah, siapa je yang tak suka beraya kan? Dapat makan di siang hari, dapat beraya di rumah sanak saudara, dapat duit raya (untuk yang masih belajar), dapat beramah mesra bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa.

Eh, anda semua masak apa pagi Hari Raya esok? :)

Image via Giphy

Sebelum itu, mari mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri:

1. Sambal Goreng Pengantin

Image via Carousell

Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali pada Hari Raya. Sebab untuk masak menu ini, perlukan bahan yang begitu banyak dan akan mengambil masa yang lama.

2. Ketupat Lemak

Memang tak lengkaplah Aidilfitri anda tanpa adanya hidangan Ketupat atau Rendang kan?

Tahun ini bolehlah anda buat sedikit perbezaan daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Boleh cuba Ketupat Lemak ini. Apa yang istimewa adalah Ketupat ini direbus di dalam santan bercampur garam sehingga kering. Sedap sangat!

3. Rendang Padang

Menu Rendang Padang ini berasal dari suku kaum minang di Indonesia. Memang jarang untuk ditemui bila di Malaysia. Namun, ada segelintir keluarga yang menjadikan menu ini sebagai menu khas di Aidilfitri untuk dijamukan kepada para tetamu yang hadir.

Keistimewaan Rendang Padang ini adalah rasa yang berbeza daripada Rendang biasa, tidak terlalu pekat dan ada juga yang memasukkan paru di dalamnya untuk menjadikan hidangan ini lemak enak untuk dinikmati.

4. Burasak

Burasak ini merupakan hidangan Raya tradisi WAJIB untuk orang Bugis. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan kuah asam dan rendang, sedap sangat! Bahan-bahan yang digunakan begitu simple iaitu beras, kelapa dan garam sahaja. Cubalah nanti!

5. Serunding Kelapa

Image via mykeluarga.com

Serunding Kelapa ini selalunya akan dimasak setahun sekali sahaja iaitu pada Hari Raya. Apa yang istimewa tentang menu ini adalah tidak terlalu pedas. Kanak-kanak memang akan menyukai menu ini, dan ianya juga sesuai untuk vegetarian.

Selain itu, serunding ini juga boleh dihidangkan bersama nasi biasa, nasi ambeng atau boleh juga dimakan dengan nasi impit, ketupat, lontong tanpa kuah lodeh. Sedap!

6. Ayam Ungkep

Menu Ayam Ungkep ini berasal dari Jawa. Jadi, buat penggemar masakan Jawa di luar sana, pastikan pada Hari Raya tahun ini, menu Ayam Ungkep wajib ada tau! Untuk memasaknya tidak terlalu susah dan bahan-bahan yang digunakan pun senang untuk dicari. Cubalah nanti!

7. Lemang Periuk Kera

Image via Feldasgklah

Bila sebut je tentang lemang, pasti dalam fikiran anda terfikir sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut dan santan lalu dibakar dalam buluh. Lemang selalunya akan menjadi buruan orang ramai ketika menjelang perayaan Aidilfitri dan juga Aidiladha.

Namun, jarang yang pernah dengar tentang Lemang Periuk Kera. Lemang Periuk kera ini perlu dikukus bukan bakar seperti lemang biasa. Mula-mula masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera, kemudian baru tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.

8. Lemang Tepung

Image via Mrs K

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana rasa sebenar lemang tepung ini. Segelintir yang pernah rasa lemang ini mengatakan ianya rasa seperti kuih bingka sahaja. Cuma apa yang membuatkannya istimewa adalah ianya dimasak dalam buluh. Selalunya menu ini akan dihidangkan pada Hari Raya untuk melengkapkan lagi juadah Aidilfitri.

Argh, sedapnya semua!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom tambah lagi juadah di Hari Raya!

You may be interested in: