seismik

8 Perkara 'Annoying' Kawan Kita Selalu Buat Menjelang Ramadan

Inilah perkara 'annoying' sering kita jumpa!

Cover image via SAYS

1. Upload gambar makanan simple waktu berbuka

Image via SAYS

Biasalah orang kata bila berbuka tu biarlah bersederhana. Jadi untuk menampakkan mereka ni berbuka simple-simple je, 'si polan' ni pun upload lah gambar makanan sewaktu berbuka dengan caption "Buka ni je hari ini. Takpa, kita bersederhana. Selamat berbuka!"

2. "Jangan makan depan aku. Hormatlah sikit!"

Image via SAYS

Ini terjadi apabila kawan non-muslim makan di depan 'si polan'. Rasanya tak salah pun kalau kawan-kawan non-muslim tu nak makan di mana-mana. Yang berpuasa tu anda, jadi anda lah perlu melatih diri untuk tidak tergoda dengan makanan-makanan tersebut. Tapi nampaknya tak, kawan itu pula disalahkan kononnya tak menghormati anda puasa. Hmmm...

3. Sahur tapi tak kejut kawan

Perangai ni datang dari planet mana pun tak tahu. Selalunya terjadi pada mereka yang tinggal serumah atau sebilik. Lebih-lebih lagi student. Bangun senyap-senyap je pergi dapur dan makan. Kawan tidur berdengkur sebelah katil sikit pun tak dikejutkan.

4. Selfie "lupa nak sahur pagi tadi"

Image via SAYS

Scroll down Instagram tiba-tiba anda ternampak gambar rakan anda yang seperti mengalami penyakit serius dengan wajah bermuram durja. Bila baca caption...

"Penatnya...laparnya...lupa nak sahur pagi tadi"

Hmmm... masa ni dah tak tahu nak like ke tidak gambar tu. Rasa kesian pun ada, rasa menyampah lagi lah ada! Kan?

5. Done tarawih

Jujurnya, ini sering terjadi kepada kaum perempuan. Mula-mula mereka akan pastikan wajah nampak manis, telekung tertutup satu badan, angkat telefon bimbit atas sikit dan snap!

Dan mungkin selfie tersebut diambil beribu-ribu kali. Malah proses memilih gambar juga lama kerana ingin gambar terbaik untuk upload di Facebook dan Instagram dengan caption "Done tarawih". Oh ya, hashtag jangan lupa sekali.

#Donetarawih

A video posted by JEDI (@zaidi_aziz) on


6. Done subuh

Ini memang sering kita lihat di Twitter. Maka selepas masuk sahaja waktu subuh, selang 5 hingga 10 minit, anda akan lihat rakan-rakan anda tweet "Done Subuh". Ya, ini bermakna mereka tidak terus tidur ya selepas bersahur. Kena faham tu.

#FollowersPerluTahu

7. Tanya berkali-kali "sekarang pukul berapa?"

Spesis manusia macam ni memang cukup merimaskan. Lepas setengah jam, setengah jam tanya sudah pukul berapa. Bersabarlah sikit orang lain pun berpuasa jugak.

A video posted by JEDI (@zaidi_aziz) on


8. Ajak iftar sama-sama tapi last-last...

Ramadan pertama saja anda sudah akan menemui ajakan berbuka puasa sebegini. Tambah-tambah lagi dalam whatsapp group. Kalau 10 whatsapp group yang anda ada, maka 10 invitation lah yang anda terima. Tapi tulah, selalunya tak jadi pun plan berbuka puasa bersama ni. Tup tup dah raya!

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi di SAYS:

You may be interested in: