9 Perkara Yang Tak Patut Anda Lakukan Di Sesetengah Negara Lain
Bagi mengelakkan diri anda daripada menyinggung perasaan orang lain atau masuk lokap di negara luar, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu.
1. Jangan makan sampai licin pinggan di China dan Thailand
Ia seolah-olah menunjukkan bahawa chef restoran tersebut tak sediakan makanan yang mencukupi.
2. Jangan bagi 'tip' atau tinggalkan wang kecil di Jepun
Mereka akan kejar anda untuk pulangkan duit kecil itu. Ia dianggap seperti duit sedekah.
3. Jangan guna tangan kiri untuk makan, salam, ambil barang atau apa-apa pun di India dan Jerman
Sama juga seperti budaya Melayu, tangan kiri digunakan untuk menyucikan diri daripada najis ketika berada di tandas. Ia dianggap kurang sopan untuk berbuat apa-apa dengan tangan kiri.
4. Jangan makan gula-gula getah di Perancis dan Singapura
Anda tidak boleh mengunyah gula-gula getah di Perancis kerana ia dianggap sebagai kurang sopan dan di Singapura ia menyalahi undang-undang.
5. Jangan panggil orang guna jari di Filipina
Ia dianggap seperti memanggil haiwan peliharaan. Jika anda lakukan ini, anda boleh ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara.
6. Jangan letak tangan dalam poket ketika bercakap di Korea dan Jerman
Meletakkan tangan di dalam poket semasa bercakap adalah tidak sopan.
7. Jangan tunjuk 'thumbs up' atau simbol bagus di Iran...
Ia merupakan tanda lucah.
8. ... dan jangan buat simbol jari 'ok' di Turki dan Brazil
Ini juga dianggap sebagai tanda lucah.
9. Jangan puji lebih-lebih barang kepunyaan seseorang di sesetengah negara Arab, kalau tidak...
Anda akan dipaksa menerima barang itu.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!