99 Speedmart Bakal Jual Kipas, Rice Cooker & Blender Di Seluruh Negara Ogos Ini
Makin banyak pilihan barangan bakal ada!
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
99 Speedmart sering menjadi destinasi jika anda memerlukan barang dapur di saat akhir
Tetapi bermula Ogos ini, anda juga bakal mempunyai pilihan untuk membeli perkakas rumah setiap kali anda singgah ke premis peruncitan ini.
99 Speedmart telah mengumumkan kerjasama baharu dengan jenama perkakas rumah Midea, membawakan pelbagai peralatan rumah kecil ke cawangan premis di seluruh Malaysia.

Kerjasama ini akan menyaksikan produk Midea terpilih dijual di lebih 3,100 cawangan 99 Speedmart di seluruh negara
Ianya dijangka memudahkan pelanggan membeli peralatan harian lebih dekat dengan rumah.
Pelbagai produk yang akan disediakan antaranya, pengisar, cerek elektrik, kipas, pembakar roti, dapur gas dan pelbagai lagi.


Menurut pengarah urusan Midea Malaysia, Mark Tam, kerjasama ini membolehkan syarikat menjangkau lebih banyak kawasan kejiranan dengan memanfaatkan salah satu rangkaian runcit terbesar di Malaysia
Beliau berkata langkah ini melengkapi kedai jenama sedia ada Midea dan pengedar sahnya sambil memberi pelanggan lebih banyak tempat yang mudah untuk mencari dan membeli peralatan rumah terkini.
Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speedmart, Lee Thiam Wah, berkata kerjasama ini menandakan langkah penting ketika rangkaian kedai serbaneka itu berkembang melangkaui tawaran barangan runcit tradisionalnya.
Beliau menambah bahawa kerjasama ini mencerminkan matlamat syarikat untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia dengan lebih baik dengan menjadikan peralatan rumah yang berkualiti lebih mudah diakses melalui rangkaian seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


