Abang Bomba Dapat Pujian Temani Rider Yang Duduk Sendirian 9 Jam Tepi Highway

Difahamkan, lelaki itu bersendirian di tepi lebuh raya sejak pukul 1 pagi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @wan_zazi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekumpulan anggota bomba telah mendapat pujian kerana membantu seorang penunggang motosikal untuk kembali berdiri selepas menghabiskan malam bersendirian di tepi lebuh raya

Menerusi laporan Harian Metro, pegawai kanan bomba dan penyelamat Nor Azam Abd Rahman dari balai Meru Raya di Ipoh, Perak berkata kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi, Rabu, 17 Jun.

Pasukan bomba itu dimaklumkan tentang seorang lelaki yang telah duduk di tepi lebuh raya semalaman semasa mereka pulang dari operasi lain.

Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lelaki itu duduk di sebelah motosikal Yamaha RXZ miliknya, dalam keadaan basah kuyup akibat hujan.

"Saya difahamkan dia berada di situ sejak jam 1 pagi dan kami cuba bertanya apa yang berlaku.

"Lelaki itu pada mulanya hanya mendiamkan diri dan menggigil menahan kesejukan akibat hujan.

"Kami syak dia mempunyai masalah peribadi," kata Nor Azam kepada Harian Metro.

SAYS.com
Image via @wan_zazi (TikTok)

Video berdurasi satu minit memaparkan anggota bomba menenangkan lelaki itu tular di TikTok

Dalam klip tersebut, salah seorang pegawai dilihat memberi kata-kata semangat untuknya pulang ke rumah kepada isteri dan membincangkan masalah bersama keluarga.

Lelaki itu turut dilihat menggigil dipercayai akibat kesan terkena hujan yang sejuk di samping tekanan emosi.

Selepas menghabiskan hampir 15 minit menenangkan dan meyakinkan lelaki terbabit, anggota bomba berjaya memujuknya untuk mengemas barangan dan pulang ke rumah.

Ramai netizen mengucapkan penghargaan kepada anggota bomba atas tindakan mereka, sementara yang lain berkongsi bahawa mereka telah melalui pengalaman yang serupa dan berkongsi kata-kata semangat dan sokongan.

Lihat video tersebut di bawah:

@wan_zazi

Kadang hidup rasa berat, tapi kita tetap kena berjalan. #StayStrong #keepsupporting #mentalhealth

♬ original sound – wan_zazi – wan_zazi
Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS