"Abang G*y Ke?" - Pertanyaan Random Budak Lelaki Buat Pemuda Ini Terdiam Curi Perhatian
Takutlah soalan awak dik.
Setiap orang mempunyai personaliti diri mereka masing-masing
Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dari segi luaran saja betul tak? Kerana kita tidak tahu dalaman seseorang itu.
Namun, berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang pemuda terkejut dengan soalan yang ditanyakan oleh seorang budak telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terkejut dengar soalan yang 'random' daripada seorang budak
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda berkenaan sedang berniaga di sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki yang mula berbual dengannya. Pada awalnya, budak lelaki itu menanyakan adakah dia beragama Islam. Mungkin kerana wajahnya yang dilihat seakan orang Cina.
Dia kemudian menjawab "ya, Islam". Namun, budak berkenaan selepas itu bertanyakan sama ada dia gay atau tidak. Pertanyaan itu membuatkan dia terkejut dan terus menjawab tidak.
"Aku masa umur adik ni. Gay pun aku tak tahu apa maksudnya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 147.9K likes dan 1,654 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!