Acer Day 2026 Kembali! Sertai Active Day & Rebut Pelbagai Ganjaran Menarik Sehingga 30 Ogos

Kalau anda sedang mencari laptop baharu atau aktiviti hujung minggu bersama keluarga, Acer Day 2026 menawarkan lebih daripada sekadar promosi.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Acer.

Membeli laptop atau peranti baharu kini bukan lagi sekadar urusan membeli-belah

Sempena Acer Day 2026, Acer membawakan dua acara istimewa yang menggabungkan teknologi, gaya hidup aktif dan pelbagai ganjaran menarik untuk rakyat Malaysia.

Menerusi Acer Active Day dan Acer Day Carnival, orang ramai berpeluang menyertai aktiviti kecergasan, mencuba teknologi terkini serta menikmati pelbagai promosi eksklusif di Acer Concept Store terpilih di seluruh negara.

Luangkan hujung minggu yang lebih aktif di Acer Active Day

Bertempat di The Campus, Ampang pada 1 Ogos 2026, Acer Active Day menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk individu, pasangan mahupun seisi keluarga.

Antara tarikan utama ialah Acer Move, iaitu cabaran kecergasan berinspirasikan Hyrox yang menguji ketahanan fizikal peserta. Lebih menarik, yuran pendaftaran adalah boleh ditebus semula apabila anda hadir pada hari acara.

Bagi mereka yang lebih menggemari aktiviti santai, terdapat juga sesi Yoga dan Zumba menerusi Acer Energize untuk membantu anda kekal aktif.

Kanak-kanak pula boleh meluangkan masa di Junior Activity Zone dengan pelbagai aktiviti membina kreativiti sambil belajar dan bermain.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang meneroka Product & AI Experience Zone untuk melihat demonstrasi produk serta teknologi AI terkini daripada Acer.

Acer turut mengadakan Charity Donation, memberi peluang kepada orang ramai menyumbang kepada komuniti sepanjang acara berlangsung.

Penyertaan masih dibuka dan anda boleh mendaftar lebih awal di sini.

Nikmati pelbagai ganjaran sepanjang Acer Day Carnival

Selain Acer Active Day, Acer Day Carnival turut berlangsung dari 6 Julai 2026 hingga 30 Ogos 2026 di Acer Concept Store terpilih di seluruh Malaysia termasuk Lembah Klang, Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membuat pembelian produk Acer yang layak berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik seperti:

  • Sehingga RM200 Touch 'n Go eWallet Credit.
  • Peluang membuka Blind Box untuk hadiah misteri tambahan.
  • Menyertai HashtagUs Challenge.
  • Menguji kemahiran menerusi 1 vs 1 Gaming Challenge.

Sama ada anda seorang pelajar yang sedang membuat persiapan semester baharu, profesional yang ingin menaik taraf peranti kerja ataupun gamer yang mencari peranti baharu, Acer Day Carnival menawarkan lebih banyak nilai dengan setiap pembelian.

Jangan lepaskan peluang sertai Acer Day 2026

SAYS.com
Image via Acer

Acer Day 2026 membuktikan bahawa pengalaman bersama jenama teknologi bukan hanya tertumpu kepada produk semata-mata, malah turut menggalakkan gaya hidup aktif dan masa berkualiti bersama keluarga.

Jadi, tandakan 1 Ogos 2026 dalam kalendar anda untuk menyertai Acer Active Day di The Campus, Ampang.

Dalam masa yang sama, jangan lepaskan peluang mengunjungi Acer Day Carnival di Acer Concept Store terpilih sehingga 30 Ogos 2026 untuk menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS