Adaptasi Novel Nirnama Hilal Asyraf Bakal Hadir Dengan Filem Trilogi Daripada Wau Animation

Untuk rekod, Wau Animation merupakan studio yang mencipta animasi terkenal lokal, Ejen Ali.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

WAU Animation dan Hilal Asyraf mengumumkan kerjasama untuk membawa novel tempatan popular, Nirnama ke layar perak

Berbeza dengan format tayangan berepisod, pihak-pihak tersebut mengesahkan projek itu akan ditayangkan sebagai trilogi filem dan bukannya siri televisyen biasa.

Walau bagaimanapun, untuk membina momentum awal, studio itu berkata siri mini promosi mungkin dikeluarkan sebelum tayangan utama di pawagam.

SAYS.com
Image via Hilal Asyraf(Official)

Dengan reputasi cemerlang francais Ejen Ali, WAU Animation dalam proses membangunkan trilogi ini menggunakan animasi 3D lebih moden

Menurut portal berita teknologi Amanz, filem akan dihasilkan terus menyelami peristiwa dalam buku pertama, memberikan peminat adaptasi kisah asal yang tepat.

WAU Animation mendedahkan menyasarkan untuk melancarkan filem pertama pada tahun 2029, setahun selepas Ejen Ali 3 dikeluarkan.

SAYS.com
Image via Hilal Asyraf(Official)
SAYS.com
Image via Hilal Asyraf(Official)

Walaupun jadual awal ini kekal fleksibel dan boleh berubah semasa pembikinan, ia disfatkan sebagai sesuatu yang berpotensi untuk dicapai.

Adaptasi kedua dan ketiga dijangka akan dikeluarkan pada selang masa dua tahun, memastikan peminat animasi kekal mengikuti projek tersebut kelak.

Lihat teaser adaptasi Nirnama di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: