Adik Neelofa Kantoi Beli Kasut Fake 'Adidas Yeezy’ Sampai RM12 Ribu Tapi Tak Mengaku
Hmmm habis RM12,000 macam tu je?
Mungkin ramai sudah mengenali adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa bulan lalu
Dan baru-baru ini, gadis ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar sepasang kasut edisi khas Yeezy yang dibelinya dengan harga 2000 pound (lebih kurang RM12,000).
Setelah gambar itu dimuatnaik di laman Instagram, ianya mendapat perhatian orang ramai kerana seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dengan kasut tersebut
Kasut yang dimaksudkan adalah Adidas Yeezy 350 ‘Pirate Black’. Menerusi gambar itu, para peminat kasut atau sneakerheads di Malaysia perasan kasut tersebut bukanlah original atau kata lainnya palsu.
Seorang pengguna Twitter yang bernama Dinie memberitahu gadis tersebut bahawa kasut yang dibelinya itu palsu. Bagaimanapun gadis ini tetap bertegas bahawa kasut yang dibelinya itu original.
Malahan, apa yang lebih membuatkan ramai kesal, gadis ini turut memperlekehkan sesiapa yang menegurnya
Tambahnya lagi, beliau mempunyai personal shopper sendiri untuk membeli barang-barang kesukaannya yang tiada di Malaysia
Selepas beberapa jam isu itu menjadi viral, gadis ini nampaknya dengan sengaja mengeluarkan tweet yang seakan-akan ingin menampakkan beliau sememangnya kaya
Untuk pengetahuan anda, kasut ini sebenarnya boleh didapati di pasaran dalam lingkungan RM3000-RM4500 bergantung kepada saiznya
Tetapi kenapa sangat mahal?
Ini kerana kasut ini direka oleh rapper terkenal iaitu Kanye West dan kuantiti kasut ini adalah sangat terhad di seluruh dunia. Limited edition lah katakan.
Disebabkan beliau kini adalah salah seorang ikon fesyen dunia, jadi apa sahaja yang dipakainya akan menjadi perhatian.
Dan kalau anda nak tahu, Kasut Yeezy 350 harga asalnya adalah dalam sekitar RM800 sahaja
Agak-agak macam manalah rasanya kalau anda terhabiskan RM12 ribu untuk kasut fake?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!