AEON BiG Sahkan Dua Cawangannya Bakal Ditutup Pada 30 September Ini
Pihak pasar raya itu turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan sepanjang kedua-dua cawangan beroperasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelanggan AEON BiG Sri Petaling dan Penang Prai mungkin perlu mula mencari cawangan alternatif selepas kedua-dua pasar raya berkenaan diumumkan akan menamatkan operasi pada penghujung bulan ini

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, AEON BiG memaklumkan dua cawangannya iaitu AEON BiG Sri Petaling dan AEON BiG Penang Prai akan menamatkan perkhidmatan pada 30 September 2026.
Pengumuman tersebut dikongsikan menerusi saluran rasmi AEON BiG baru-baru ini, dengan pihak pasar raya itu turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan sepanjang kedua-dua cawangan beroperasi.
"Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami," katanya.
AEON BiG turut memaklumkan pihaknya berharap dapat terus berkhidmat kepada pelanggan menerusi cawangan-cawangan AEON BiG yang lain
Ini bermakna kedua-dua cawangan berkenaan masih akan beroperasi seperti biasa sehingga tarikh penutupan pada 30 September sebelum perkhidmatan dihentikan sepenuhnya.
Buat masa ini, AEON BiG tidak menyatakan sebab penutupan kedua-dua cawangan tersebut dalam kenyataan yang dikongsikan.
Bagi pelanggan yang biasa mendapatkan barangan keperluan harian di kedua-dua lokasi itu, mereka disarankan untuk beralih ke cawangan AEON BiG lain selepas tarikh berkenaan.
Lihat kenyataan rasmi di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via