Aeroline Buka Semula Laluan Bas KL-Singapura Bermula 1 September

Tiket perjalanan kini boleh ditempah secara dalam talian menerusi laman web rasmi Aeroline.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan bas rentas sempadan Aeroline kembali menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura apabila laluan berkenaan dibuka semula bermula 1 September 2026

SAYS.com
Image via Paul Tan's Automotive News

Menurut laman web rasminya, pembukaan semula laluan ini menawarkan pilihan perjalanan darat kepada penumpang yang berulang-alik antara Malaysia dan Singapura, sama ada untuk urusan kerja, percutian hujung minggu, lawatan keluarga atau perjalanan harian.

Aeroline memberi tumpuan kepada pengalaman perjalanan yang lebih selesa menerusi konsep perkhidmatan eksekutif, ruang tempat duduk yang selesa serta layanan pelanggan.

Butiran perkhidmatan Aeroline:

  • Laluan: Kuala Lumpur ⇄ Singapura
  • Tarikh mula operasi: 1 September 2026
  • Konsep: Perkhidmatan bas eksekutif dengan fokus kepada keselesaan dan hospitaliti

Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur, penumpang akan menaiki bas perantara (shuttle bus) dari TRX sebelum bergerak ke IOI City Mall mengikut jadual yang tertera pada tiket

SAYS.com
Image via Lemon8

Setibanya di IOI City Mall, penumpang akan bertukar ke bas persiaran Aeroline sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Tiket perjalanan kini boleh ditempah secara dalam talian menerusi laman web rasmi Aeroline, sekali gus membolehkan penumpang merancang perjalanan lebih awal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: