seismik

AirAsia Lancarkan Operasi Sistem Pengecaman Wajah FACES Untuk 'Check In' Dengan Pantas!

Senang nak check in lepas ni!

Cover image via Habee Studio

AirAsia telah melancarkan Fast Airport Clearance Experience System atau F.A.C.E.S. Ia merupakan sistem pengecaman wajah di pintu perlepasan, tanpa perlu mempamerkan dokumen perjalanan.

Secara tidak langsung menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia yang menawarkan teknologi pengecaman wajah berasaskan biometrik.

Buat masa ini, sistem F.A.C.E.S hanya ditawarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor atas keterbukaan lapangan terbang ini untuk menggunakan sistem ini

Image via Habee Studio

Pengguna boleh mendaftar untuk menggunakan sistem FACES di kiosk terlebih dahulu. Sistem pendaftaran wajah FACES ini hanya dilakukan sekali sahaja mengikut tempoh sah pasport anda. Sekiranya tempoh pasport anda tamat, anda perlu membuat pendaftaran FACES yang baru.

Sistem F.A.C.E.S ini boleh dinikmati para penumpang tempatan dan antarabangsa AirAsia (termasuk wanita mengandung) yang berumur 18 tahun dan ke atas

Walaubagaimanapun, pengguna yang membawa anak kecil, golongan yang menggunakan alat bantuan tambahan, dan individu di bawah umur yang terbang secara bersendirian harus menjalani sesi pemeriksaan seperti biasa.

Image via Philstar.co

"Kami berharap kejayaan FACES di sini akan menjadi satu inspirasi dan kami berharap untuk bekerjasama dengan lapangan terbang lain di Malaysia untuk merevolusikan pengalaman perjalanan dengan teknologi ini dan menjadikannya lebih menyeronokkan," kata Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Image via Habee Studio

Wah! So canggih! Jadi bagi anda yang mengambil flight dari Senai, Johor, anda boleh menikmati sesi pemeriksaan penerbangan yang pantas melalui penggunaan teknologi terkini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini masa yang terbaik anda untuk dapatkan iPhone X!

Betul ke Tun M malu dengan lepasan Universiti yang menjual nasi lemak & pemandu uber?

You may be interested in: