seismik

Aisar Khaled Mahu Promosi Baju Melayu Elrah Exclusive Dengan 10 Juta Pengikut Di Indonesia

Menurut Aisar Khaled, baju kebangsaan itu mempunyai keunikan dan kesenian imej tersendiri yang mampu

Cover image via @elrahexclusive (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selebriti dan pempengaruh terkenal, Aisar Khaled optimis jenama Elrah Exclusive mampu berkembang di pasaran Indonesia memandangkan popularitinya semakin meningkat di negara republik itu

Menurut Aisar yang juga duta Elrah Exclusive, baju kebangsaan itu diyakini mempunyai keunikan dan kesenian imej tersendiri dan disebabkan itu dia berharap ia mendapat sambutan di negara berkenaan. 

"Apabila dilantik sebagai duta, saya ambil peluang ini untuk gunakan pengaruh yang ada di Indonesia untuk promosikan baju kebangsaan Malaysia di sana.

"Lagi pula, Elrah sudah cukup dikenali di Malaysia dan diterima baik, jadi ini peluang untuk kembangkan dan lebarkan sayap pula ke Indonesia. Saya pun semakin terkenal di Indonesia.

"Masyarakat Indonesia setiap kali Syawal mereka lebih gemar pakai jubah dan kurta, pemakaian baju Melayu tiada. Jadi, saya nak cuba bawa nama Malaysia dan dalam masa sama bawa budaya negara ke negara jiran," katanya dalam satu kenyataan.

Aisar akui tidak mudah pikul satu tanggungjawab besar sebagai figura awam yang membawa nama Malaysia

"Saya akui ada sedikit tekanan untuk bawa nama Malaysia dan promosi baju Melayu di sana, kerana sebagai figura awam saya perlu tunjukkan contoh yang baik.

"Saya perlu menjaga karekter dan imej saya, itu adalah tanggungjawab yang besar untuk digalas," kongsinya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai pemilihan sebagai duta Elrah Exclusive, Aisar meluahkan rasa gembira.

"Jujur saya katakan, banyak brand yang tawarkan kepada saya, namun saya pilih Elrah.

"Kenapa? Sebab Elrah ada satu nilai tersendiri yang saya nampak. Bukan soal bayaran, itu nombor dua.

"Kalau nak tahu, dulu ketika usia 18 tahun, saya merupakan ejen untuk jenama ini. Alhamdulillah sekarang dipilih jadi duta. Semua itu rezeki dari Allah," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: