seismik

Aizat Amdan Cipta Lagu Berjudul 'Harapan Jadi Nyata' Berkisar Perjuangan Tun Mahathir

Lagu tersebut telah dihasilkan 7 tahun yang lalu.

Cover image via The Vocket

Penyanyi Aizat Amdan baru-baru ini telah melancarkan single terbaharunya 'Harapan Jadi Nyata' yang didedikasikan khas buat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Lagu tersebut yang juga merupakan hasil nukilan ayah penyanyi itu sudah disiapkan sejak tujuh tahun lalu.

“Lagu ini memang ayah saya sendiri yang hasilkan. Sayangnya, dia tidak dapat hadir pada hari ini kerana tahap kesihatannya tidak mengizinkan. Bagaimanapun, dia sangat mengagumi Tun M sejak dari dahulu lagi.

“Sebagai anak, saya yakin dia sangat bangga dengan pelancaran single ini. Dalam masa yang sama juga saya turut mengagumi Tun M yang kini menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika diwawancara akhbar Utusan pada majlis pelancaran single tersebut, semalam, 9 Julai.

Lagu Harapan Jadi Nyata yang berkonsepkan pop balada itu mengambil ilham daripada falsafah kepimpinan dan perjuangan Tun Mahathir sendiri

Aizat yang dikatakan sengaja mengambil kesempatan mengeluarkan single tersebut pada saat-saat politik Malaysia sedang menjadi perbualan bukan sahaja warganegara bahkan seluruh dunia, membidas perkara tersebut.

“Bagi saya, lagu ini adalah satu kebetulan memandangkan lagu ini sudah lama ditulis. Malah lagu ini juga adalah lagu patriotik yang ditujukan khas buat Tun M.

“Apa sahaja kritikan yang dibuat saya akan terima sebab bagi saya itu adalah normal. Dalam laman sosial saya juga sudah ada yang memberi reaksi berbeza ada yang positif dan negatif,” ujar penyanyi yang turut terkenal dengan lagu-lagu seperti Lagu Kita, Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua itu.

Lagu Harapan Jadi Nyata boleh didapati di semua pelantar digital dan muzik video lagu ini boleh ditonton di YouTube Vlog Aizat. Lihat di bawah:

Cayalah Aizat Amdan! Semoga terus sukses!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel tentang Tun Mahathir di SAYS:

You may be interested in: