seismik

Ajar Potong Bawang 'Jelir Lidah' Untuk Elak Mata Pedih, Video Ini Undang Reaksi Ramai

Komen netizen selalu menghiburkan.

Cover image via @bebenjaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi kaum wanita, memasak sudah menjadi seperti rutin harian mereka buat keluarga

Ada yang gemar sangat memasak sehingga mencuba pelbagai tips dan cara dalam masakan mereka. Kadangkala memasak ini juga adalah satu terapi buat diri mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi tipsnya ketika sedang memotong bawang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beri tips untuk pengikut cara untuk elak mata pedih masa potong bawang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @bebenjaa sedang memberikan tips memotong bawang.

Dia kemudian memberitahu antara tips yang berkesan untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang adalah dengan menjelirkan lidah semasa memotong.

Malah, dia siap menunjukkan demo melakukannya dan kelihatan matanya tidak pedih langsung. Dia juga menyarankan agar pengikutnya mencuba dan melakukan perkara yang sama.

"Oh macam tu, tapi saya tak potong bawang pun dah terikut hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu. Ada juga yang terhibur melihat caranya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 340.9K views, 21.7K likes dan 3,051 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ada yang dah try buat ke, jadi tak guys? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: