seismik

Akaun Media Sosial Fattah Amin Diserang Peminat Lepas Kecoh Fazura Failkan Penceraian

Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Cover image via @fattahaminz (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini

Menerusi Berita Harian, sumber yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.

"Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.

"Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan," kata individu berkenaan.

Sebelum ini, kecoh mengenai isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

Malah, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.

Fazura yang ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura pada 22 Julai lalu menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.

Fazura mendakwa dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.

Peminat serang akaun media sosial Fattah untuk dapat penjelasan

Dalam pada itu, selepas kecohnya berita mengenai pasangan terbabit, netizen dilihat 'menyerang' akaun media sosial Fattah Amin untuk mendapatkan penjelasan.

Rata-ratanya meluahkan perasaan kecewa mereka selepas mendapat tahu berita tersebut. Ada juga yang mengharapkan hubungan pasangan ini dapat diperbaiki kembali.

Nampaknya ramai yang patah hati dengan berita ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: