Akibat Cemburu, Wanita Dipukul Dengan Batang Paip Dan Dibakar Oleh Teman Lelaki Di Klang

Mangsa melecur 60 peratus di bahagian badan.

Akibat cemburu buta, lelaki bertindak membakar teman wanitanya di rumahnya di Andalas, Klang, semalam, 7 Jun

Wanita yang berusia 24 tahun itu melecur 60 peratus di bahagian badan sebelum dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Selain mengalami kecederaan pada kedua-dua belah tangan akibat kebakaran tersebut, mangsa turut dicederakan di bahagian belakang badan akibat dipukul dengan getah paip oleh teman lelakinya itu yang juga berusia 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, setakat ini siasatan awal menunjukkan kejadian berlaku disebabkan cemburu

Image via Berita Harian

Beliau menerima laporan tersebut daripada ibu mangsa yang berusia 52 tahun, ketika melawat wanita berkenaan di hospital kira-kira jam 10 pagi, semalam.

"Mangsa memaklumkan dia bergaduh dengan teman lelakinya ketika berada di rumah lelaki berkenaan di Andalas di sini, sehingga dipukul dengan getah paip di bahagian badan.

"Suspek kemudian menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum menyalakan api menyebabkan mangsa terbakar," katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Shamsul Amar berkata, kedua mangsa dan juga suspek yang bekerja sebagai mekanik dibawa ke hospital terbabit oleh bapa suspek

Image via Berita Harian

Katanya lagi, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat sebaik sahaja mangsa dilaporkan berada dalam keadaan pulih dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment